Connect with us

Viral

“Naluri seorang anak..” Terpisah Selama 2 Tahun, Kanak-kanak Ini Terhenti Berjalan Bila Nampak Ibu

Pertalian antara ibu dan anak nyata tidak dapat dipisahkan dengan apa cara sekalipun melainkan ajal. Walaupun jauh beribu batu namun kasih tidak akan berubah kerana ibu tiada galang gantinya.

Disebabkan pandemik yang melanda dunia, ramai diantara kita yang terpaksa berjauhan dengan keluarga sehinggalah kelonggaran untuk rentas pulang ke negeri asal diberikan.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang kanak-kanak perempuan terserempak dengan wanita yang persis ibunya mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu Norshafika Rahmat yang juga merupakan ibu saudara kepada budak perempuan ini, kelihatan anak buahnya sedang berjalan-jalan di sebuah pusat membeli belah.

Namun tiba-tiba dia terlihat seorang wanita berkaca mata lengkap memakai facemask serta mirip ibunya dan dengan yakin budak perempuan ini menghampiri lalu memeluk wanita yang berjalan bertentangan dari arah mereka.

Alangkah terkejutnya dia rupa-rupanya wanita itu memang benar-benar ibu kandungnya yang pulang ke tanah air selepas beberapa tahun terkandas di Singapura.

“Kakak buat-buat xnampak anaknya.. Alhamdulillah dapat jumpakan kakak dan anknya yg terpisah 2 thun” katanya di ruangan kapsyen

Bagaimana pun sebenarya perkara tersebut telah pun dirancang oleh ibu saudaranya untuk membuat ‘surprise’ kepada anak buahnya itu.

Video yang tular di laman TikTok:

@norshafikarahmatKakak buat-buat xnampak anaknya🥺 Alhamdulillah dapat jumpakan kakak dan anknya yg terpisah 2 thun ##penantian ##fyp ##sedih ##learnontiktok ##ibuanak♬ original sound – BrassicaOlerasia91 – DamianaJun PakarTilam Handmade

Ketika artikel ini ditulis, vidoe tersebut telah meraih 2.4M tontonan, 238.0K tanda suka, 6212 komen dan 2931 perkongsian di TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut sebak melihat dua beranak ini yang lama tidak bersua muka.

Dalam masa yang sama, para netizen juga menyifatkanbudak perempuan tersebut mempunyai ‘naluri’ yang kuat. Manakan tidak, dia masih kenal ibunya walaupun 2 tahun berpisah dan yakin itu ibu kandungnya walaupun wanita berkenaan memakai facemask.

Berikut merupakan komen warga maya:


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.