Perkahwinan sudah tentu merupakan saat yang menjadi impian setiap pasangan. Di dalam proses perkahwinan, akad nikah merupakan salah satu saat yang paling getir dan mendebarkan sang pengantin khususnya pengantin lelaki.
Melalui si wali, dengan satu genggaman tangan sahaja dan luahan akad nikah ‘Saya Terima’ sudah cukup menggetarkan lutut si lelaki tersebut.
Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana tok kadi ‘pening’ melihat nama di dalam kad pengenalan dimana nama kepada bapa kedua-dua pasangan pengantin adalah sama.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @sayo.naraa, nama kepada bapa kedua-dua pasangan pengantin adalah sama.
Apa yang lebih melucukan adalah, tok kadi kelihatan keliru untuk menikahkan mereka berdua dan mengajukan banyak soalan untuk memastikan pasangan pengantin bukannya adik beradik.
Isu kebetulan seperti ini sememangnya jarang berlaku namun ianya tidak bermaksud tidak terjadi.
Video yang tular di laman TikTok:
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.9M tontonan, 184.3K tanda suka, 2271 komen dan 1632 perkongsian di applikasi TikTok.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen juga hairan dengan situasi tersebut namun tidak menafikan kemungkinan tersebut dan menganggap ia adalah kebetulan sahaja.
Dalam masa yang sama, para netizen juga sempat bergurau di ruangan komen dan meninggalkan komen-komen yang lucu.
Antara komen warga maya:
“siapa nama? che ahmad. mana tahu nama saya ni? eh tu nama saya.”
“raya ni balik rumah Che Ahmad”
“Kalau gaduh takleh ejek nama ayah.. jem laa”
“dah lah tahun lahir pun sama sah kembar tak seiras tapi dijauhkan ketika kecik”
“dekat pulak tuuu.. penang dengan kedah..”