Connect with us

Viral

“Dari kecik saya nak kasih sayang seorang ibu,” Tak Pernah Raya Dengan Ibu Bapa, Remaja Ini Luah rasa Sayu

Bulan puasa hampir tiba, pastinya ramai diantara umat islam sedang sibuk membuat persediaan untuk menyambut ramadhan.

Manakan tidak, bulan Ramadhan yang penuh mulia ini memberikan 1001 berkah dan sudah tentu kita ingin meraikan bulan ini bersama-sama dengan ahli keluarga.

Pun begitu, tidak semua daripada kita bernasib baik. Ada yang telah pun kehilangan ibu ayah dan menjadi anak yatim piatu, ada yang ditinggalkan daripada kecil dan hilang tanpa khabar berita serta banyak lagi.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang remaja lelaki yang dikenali sebagai Rahman meluahkan keinginannya untuk bulan puasa tahun ini buat ramai sebak.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @myfundaction, pada awalnya kelihatan adik Rahman membantu dalam menguruskan makanan buat rakan-rakannya yang lain. Lihat sahajalah dia yang ringan tulang dan membantu apa yang perlu pada ketika itu.

Namun disebalik senyuman yang dilemparkan, rupa-rupanya dia menanggung satu beban dan keiinginan yang tidak mampu diungkapan dengan kata-kata.

Sewaktu ditanya apakah yang dia mahukan buat Ramadhan yang bakal menjelang beberapa hari lagi, tenang dia menjawab dia menginginkan kedua-dua ibu bapanya untuk bersama-sama menyambut bulan puasa.

Untuk puasa kali ini apa yang Rahman nak sangat?

“daripada kecik, apa yang saya nak la.. nak juga kasih sayang seorang ibu.. dah berapa tahun saya hidup , selama 16 tahun, jujur saya cakap saya tak pernah raya dengan mak atau ayah saya”

“Allah takdir kan dalam hidup saya, dia ambil 2 orang dalam hidup saya.. saya redha sebab mungkin saya takde mak ayah tapi saya bersyukur ada ummi (penjaga) yang jaga saya bagi saya makan.. minum..”

“Saya dan kawan-kawan harini syukur sangat sebab abang-abang kakak-kakak datang belanja kami..” ujarnya lagi

Video yang tular di laman TikTok:

@myfundactiontak sangka Adik Rahman jawab macam ni 🥲♬ nhạc nền – Đà Lạt +

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut sebak mendengar luahan yang jauh daripada sudut hati adik Rahman.

Dalam masa yang sama, ramai di antara para netizen mendoakan yang terbaik untuk adik Rahman terutamanya buat masa depannya dan warganet juga tidak menafikan dia adalah seorang yang sangat rajin

Berikut merupaka komen warga maya:


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.