Penyanyi nombor satu negara sering berkongsi kehidupannya bersama pengikutnya di laman sosial Instagram.
Dato’ Sri Siti Nurhaliza binti Tarudin atau lebih mesra disapa Tok Ti oleh peminatnya mempunyai 6.6 juta pengikut di laman sosial Instagram.
Jika anda mengikuti perkembangan Tok Ti sebelum ini, beliau kini aktif dalam sukan berbasikal dan turut memasuki beberapa acara berbasikal sebelum ini.
Pelbagai isu juga timbul apabila ada netizen mempertikaikan Tok Ti sering kali dilihat berkongsi gambar anaknya Siti Aafiyah bersama pengikutnya di laman sosial.
Tok Ti turut menjawab persoalan itu bahawa beliau menunggu lama untuk hadirnya penyeri dalam rumahtangga beliau.
Setelah 11 tahun menanti, Tok Ti disahkan hamil empat bulan dan membuat pengumuman mengenai kehamilannya.
Jadi rasanya tidak salah Tok Ti begitu teruja mengenai puteri kesayangannya yang dilihat begitu manja disamping beliau.
Terbaru, Tok Ti berkongsi satu video makeup yang memperlihatkan wajahnya tanpa makeup.
“Nak tengok bagaimana saya bersolek dalam masa 30 minit. Sekali sekala saya berkongsi tips dan cara solekan”.
“Sekali sekala saya berkongsi tips dan cara solekan. Jangan lupa menonton dan subscribe Youtube Siti Official”.
Penyanyi kesayangan ramai itu mula aktif membuat video aktiviti hariannya dan dikongsikan di laman Youtube rasmi miliknya.
Ada netizen yang meninggalkan komen-komen negatif yang menyatakan wajah Tok Ti kelihatan seperti makcik tanpa makeup diwajahnya.
Sementara itu, ramai netizen yang memberikan kata-kata semangat dan beranggapan itu merupakan perkara biasa.
Ini kerana seperti yang kita ketahui usai Tok Ti juga sudah menjangkau 40 tahun dan semestinya pasti raut wajahnya berubah sedikit tidak seperti ketika beliau muda.
Semoga Tok Ti sentiasa positif dan mengabaikan netizen yang meninggalkan komen-komen negatif. Semoga Tok Ti terus diberikan kesihatan yang baik dan berbahagia disamping keluarga.