Selebriti
“Nampaknya saranan kami tidak diterima” Achey Sedih Isu Hidayah & Ali Puteh Berterusan
Beberapa hari lepas tular isu saman diantara Pelawak terkenal Ali Puteh dan Balu Allahyarham Abam Bocey, Nur Hidayah Mohd Ali kembali hangat diperkatakan.
Isu berkenaan turut mendapat perhatian Achey yang mengakui sedih apabila konflik antara pelawak Ali Puteh dengan kakak iparnya yang masih berterusan.
Difahamkan, konflik timbul apabila Ali memfailkan saman balas terhadap Hidayah yang mengaku dia memindahkan wang dari akaun bank Abam sebanyak RM10,000 selain mengambil empat jam tangan milik arwah.
Sedih apabila perkara ini berlaku
Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah ketika ditemui berkata, dia dan rakan seperjuangannya, Fad Bocey sudah menyarankan kepada kedua-dua belah pihak supaya membincangkan konflik itu secara tertutup.
“Sedih apabila perkara ini berlaku. Saya dan Fad ada menghubungi kedua-dua belah pihak dan menyarankan agar perbincangan diadakan secara musyawarah”.
Nampaknya saranan kami tidak diterima
“Kita ada hukum Islam yang boleh diikuti dan dengan itu, semuanya dapat diselesaikan dengan baik. Namun, nampaknya saranan kami tidak diterima,” lapor Harian Metro.
Menurut Achey yang juga anggota kumpulan Bocey, dia tidak mahu kemelut yang berlaku ini memberi kesan kepada anak arwah.
Saya takut ia memberi kesan kepada Hamzah
Arwah meninggalkan seorang anak lelaki Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia setahun dua bulan.
“Bukan apa. Kalau kemelut ini berterusan saya takut ia memberi kesan kepada Hamzah apabila dia sudah dewasa nanti”.
Saya dan Fad ada batasan kami dan kami bukan ahli keluarga
“Tapi, saya dan Fad pun ada batasan kerana kami tak boleh terlalu masuk campur memandangkan kami bukanlah ahli keluarga,” katanya.
Achey yang mengulas mengenai isu berkenaan ketika ditemui di majlis sidang media filem TV (FTV) lakonannya berjudul Frontliner.
Berkat kesabaran saya akhirnya, dia mengaku
Itu penjelasan pelawak, Ali Puteh ketika dihubungi dan diminta mengulas mengenai saman yang difailkan terhadap kakak iparnya, Nor Hidayah Mohd Ali yang juga balu kepada pelawak Allahyarham Abam Bocey.
Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 31, berkata, dia menerima maklum balas daripada Hidayah semalam, yang juga hari terakhir untuk kakak iparnya itu menjawab saman yang difailkan selepas Aidiladha lalu.
“Semalam adalah hari terakhir untuk pihak Hidayah memberikan maklum balas”.
Tuduh saya ambil harta abang saya dan harta anak yatim
“Sebelum ini, mungkin ramai yang tak tahu dia pernah memfailkan saman terhadap saya sekeluarga dengan jumlah terkumpul mencecah RM900,000”.
“Saman yang dibuat oleh Hidayah itu antaranya menuduh saya mengambil harta abang saya dan harta anak yatim”.
“Jadi, selepas berdiam diri selama beberapa bulan, dah tiba masanya untuk saya pula mengatur langkah demi membersihkan nama keluarga,” katanya kepada Harian Metro.
Saya nak bersuara tapi mak melarang
Diminta berkongsi lebih lanjut mengenai saman yang difailkan Hidayah sebelum ini, Ali berkata, dia ada menerima beberapa surat saman bermula sejak 16 hari selepas Allahyarham Abam meninggal dunia.
“Arwah abang saya meninggal pada 10 Februari dan pada 26 Februari pula, saya menerima surat saman pertama. Pada ketika itu, kami mengadakan majlis tahlil untuk arwah”.
“Saya nak bersuara, tapi mak melarang. Katanya, abang baru saja meninggal dunia. Jadi, saya akur dengan permintaan mak saya”.
Terdetik dalam hati saya yang dia memang nak ke mahkamah
“Selepas dua ke tiga bulan kemudian, bertalu-talu surat saman daripadanya sampai ke rumah dan pada ketika itu, terdetik dalam hati saya yang dia memang benar-benar nak ke mahkamah”.
“Jadi, saya pun berbincang dengan peguam saya,” katanya.
Menurut Ali, antara tuduhan lain yang difailkan terhadapnya dan keluarga adalah tuntutan faraid, tuntutan hak penjagaan anak, tuntutan kereta dan sebagainya.
Itu tuduhan yang tak berasas dan bersifat fitnah
“Ada satu tuduhannya mengatakan bahawa saya mengambil wang abang saya dari dalam rumah dan mengambil jam-jam tangan”.
“Itu adalah tuduhan yang tak berasas dan bersifat fitnah,” katanya.
Berkongsi mengenai pengakuan yang dibuat oleh Hidayah menerusi peguamnya, dia mengaku mengeluarkan wang berjumlah RM10,000 dari akaun bank Abam dan mengambil empat jam tangan milik arwah.
Kononnya dia dihalau dari rumah sehelai sepinggang
“Sebelum ini, dia pernah keluarkan kenyataan kononnya dia dihalau dari rumah sehelai sepinggang dan keluarga kami merebut semua wang milik arwah abang saya”.
“Jadi, bila saya nak uruskan urusan faraid, pihak bank memaklumkan mengenai wang RM10,000 yang dikeluarkan”.
“Di situ, saya dah ada satu bukti dan akhirnya, dia sendiri yang mengaku mengambil wang itu untuk dipindahkan ke akaun anaknya dan juga mengambil jam tangan berjenama milik arwah,” katanya.
Memang sah ada bahagian untuk dia dan anak
Tambah Ali, tidak menjadi masalah sekiranya Hidayah mengaku dari awal mengenai pengeluaran wang yang dibuatnya.
“Dalam faraid itu, memang sah-sah ada bahagian untuk dia dan anak. Buat apa, saya nak ambil sedangkan bukan ada hak saya pun”.
“Lagi satu, kalau dia maklumkan yang dia ada buat pengeluaran, semuanya boleh disusun semula mengikut bahagian masing-masing”.
“Bayangkan, abang saya meninggal dunia dan dikebumikan selepas Maghrib dan pada tengah hari keesokan harinya, RM10,000 dah dipindah keluar dari akaun sedangkan kami sekeluarga masih berada di rumah”.
Saya ada duit sendiri
“Alasannya, takut kami rebut wang yang ada dalam akaun itu. Saya ada duit sendiri dan tak mahu pun wang arwah abang saya,” katanya.
Menutup perbualan, Ali tidak berniat untuk membuka aib, sebaliknya membersihkan namanya dan keluarga selepas dikecam masyarakat.
“Dia berniaga cempedak goreng, dia beritahu media. Saya pasang batu nisan kat kubur abang saya pun, dijadikan isu. Bila dia mengaku, kenapa tak dihebahkan pula kan”.
Saya nak bersihkan nama saya dan keluarga
“Saya nak bersihkan nama saya dan keluarga kerana isu-isu macam inilah nama kami sekeluarga terpalit kontroversi,” katanya.
Terdahulu, sebutan kes saman difailkan Ali terhadap Hidayah berlangsung di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam.
Saman itu dikeluarkan Ali selaku plaintif keempat bersama ibunya, Sabariah Arshad (plaintif pertama), bapa Syed Mohd Ridzuan (plaintif kedua) dan kakak sulung, Sharifah Norwahidah (plaintif ketiga).
Hidayah jelaskan dia sibuk berniaga
Sementara itu, Hidayah ketika dihubungi menjelaskan dia sibuk berniaga.
“Alhamdulillah, saya sihat. Cuma sibuk sikit berniaga. Mengenai perkara itu, buat masa sekarang ini, saya nak diamkan diri dulu. Nanti akan tahu juga perkara yang sebenar,” katanya.
Terdahulu, Abam dan Hidayah diijabkalbulkan pada 8 Disember 2017 dan dikurniakan cahaya mata, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia setahun dua bulan.
Semoga segala perselisihan faham antara kedua-dua pihak dapat diselesaikan dengan cara baik.
"If you cannot do great things, do small things in a great way." Napoleon Hill.