Pengalaman dan ujian sewaktu bekerja mampu mengajar kita untuk lebih sedar akan erti kehidupan dengan lebih mendalam.
Kadangkala sewaktu bekerja, ada sahaja situasi yang mampu membuatkan kita beremosi sehinggakan kita berasa marah, senang hati, mahupun sedih dan sebak.
Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini di mana seorang pekerja kedai serbaneka 7-Eleven menceritakan mengenai situasi yang telah dialaminya yang mampu mengajar dia mengenai hidup yang harus dijalankan dengan kemanusiaan telah mencuri perhatian warganet.
Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok @nrlyshaa_ itu, dia telah ditemukan dengan seorang pelanggan warga emas yang masuk ke dalam kedainya itu.
Namun apa yang mengejutkan pekerja itu adalah apabila pelanggan itu bertindak ingin menanggalkan seliparnya sebelum menjejakkan kaki masuk ke dalam kedai berkenaan.
“Ada sorang pakcik ni masuk 7-Eleven. Dekat luar baru sudah hujan lebat, dia separuh basah. Dua masuk dia tanggalkan selipar. Saya cakap ‘takpa pakcik masuk dengan selipar je lantai kotor ni cik’” tulisnya di ruangan video yang tular itu.
Dikatakan pakcik itu senyum sambil menjawab “takpa selipar pakcik lagi kotor hujan-hujan ni nanti awak kena mop dua tiga kali pulak. Ni punn pakcik dah masuk dengan basah-basah”.
“Saya jawab takpa pak cik memang kerja saya pun. Dia tetap senyum cakap takpa nak,” ceritanya mengenai situasi yang membuatkan orang ramai berasa sebak.
Dalam pada itu, pekerja berkenaan sempat menitipkan pesan buat orang ramai agar hendaklah kita menghormati orang tua dengan membayangkan jika ibu bapa kita yang berada dalam situasi tersebut.
“Sumpah tiba-tiba sebak. Belajar hormat orang tua nanti ayah emak kita pun akan duduk situasi yang sama. Siapa suka kalau orang layan teruk dekat kedua ayah emak kita kan,” tulisnya di kapsyen video.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan agar diberikan kesihatan yang baik-baik buat pakcik tersebut.
Malah, ada juga yang mendoakan pekerja itu kerana terus menyebarkan kebaikan pada orang ramai untuk dirasai dan dikongsi bersama-sama.
Antara komen netizen:
“semoga pakcik tu dpanjangkan umur & sihat tubuh badan🥺🥺”
“akak 🥺 semoga pakcik tu dipermudahkan segala urusan dan terima kasih akak sebab ambil berat dekat pakcik tu🥺”
Video TikTok yang tular: