Setelah sekian lama terperap di rumah, terkongkong dengan SOP yang ditetapkan kerajaan, kini rakyat Malaysia dibenarkan untuk menyaksikan pelawanan bola sepak di stadium.
Penyokong-penyokong bola sepak tanah air terutamanya kaum lelaki tentunya berasa senang hati dan bersyukur mendapat khabar berita gembira ini.
Mana taknya, sudah hampir setahun rakyat dilarang untuk ke stadium demi memutuskan rantaian wabak pandemik yang melanda teruk di negara kita.
Semalam, berlangsungnya perlawanan suku akhir Piala Malaysia di Stadium Darul Aman Alor Setar. Melibatkan dua pasukan hebat iaitu pasukan Kedah Darul Aman FC dan Johor Darul Takzim FC.
Boleh tahan ramai juga yang menyaksikan perlawanan bola sepak pada malam semalam untuk memberi semangat dan sokongan kepada para pemain. Maklumlah, sudah lama tidak bersorak untuk kelab kegemaran masing-masing.
Perlawanan sengit yang ditunjukkan oleh kedua-dua kelab bola sepak itu berakhir keputusan seri iaitu 0-0.
Pun begitu, sedang orang ramai menikmati perlawanan itu, ada hal yang sebaliknya terjadi! Beberapa video TikTok telah dimuatnaik oleh beberapa pengguna yang merakamkan situasi di mana seorang abang Foodpanda tercari-cari ‘customer’ yang memesan makanan daripadanya tadi.
Dia kelihatan masuk ke tempat duduk penonton untuk memberi makanan yang dibawanya.
Sebelum ini sudah ditetapkan bahawa makanan atau minuman dari luar dilarang dibawa masuk. Namun masih ada juga segelintir penyokong bola sepak yang degil akan peraturan ini.
Apabila menjengah ke ruangan komen, ada yang mengeji sikap pelanggan tersebut kerana seolah-olah memainkan si penghantar makanan.
“ingat senang ke kerja rider tu , banyak lagi dia nak anta order . tak faham aku ngn org kita ni . takbaik tau susahkan org mcmni .”
“sian..nk cari rezeki pun org wat mcm2..moga dapat rezeki melimpah ruah kepada rider tu lps ni..”
“kesian rider tu.. hmm.. nk tahu.. dia da jumpa ke yg order tu.”
Dalam pada rasa simpati kepada rider Foodpanda itu, segelintir netizen juga sempat menegur tentang SOP di stadium tersebut kerana terlihat sesak dan tiada penjarakan.