Connect with us

Selebriti

Neelofa Teruskan Perniagaan Bersama PU Riz, Cincin Dilihat Kembali di Jarinya

Usahawan dan selebriti terkenal Noor Neelofa sememangnya berjaya dalam bidang perniagaan.

Setiap perniagaannya pula semakin berkembang setelah perubahan demi perubahan beliau lakukan ke arah kebaikan.

Menerusi satu platform yang digelar Markaz Tijaari, ia merupakan usaha bersama antara Neelofa dan Ustaz Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz, untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia dalam menambah hasil pendapatan.

Dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini, mereka cuba membantu orang ramai dengan membuka pendaftaran secara dropship.

Melalui penerangan di Instagram story Neelofa pada 20 Januari 2021, Markaz Tijaari dikira sebagai satu platfom untuk berkongsi rezeki.

Semoga usaha mereka ini dapat membantu ramai orang yang terjejas akibat pelaksanaan PKP ketika ini.

Dalam pada itu, melalui Instagram story Neelofa juga, dapat dilihat terdapat cincin yang dipakai beliau.

Namun, tidak dapat dipastikan jika cincin tersebut adalah yang sama ketika Neelofa dirisik oleh keluarga PU Riz sebelum ini.

Terahulu, Neelofa dilihat tidak memakai cincin ketika memuat naik video di Instagram.

Video itu adalah penjelasan susulan timbul beberapa dakwaan membabitkan hubungannya dengan pendakwah bebas yang juga pelakon, PU Riz.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Seorang lagi pengguna akaun @dyglen_ turut menulis komen sama di Instagram Neelofa.

“Cincin tunang tak nampak di jari Neelofa. Semoga kuat semangat mu hadapi ujian Allah,” tulisnya.

Menerusi video dan kenyataan rasmi yang diedarkan kepada media, Neelofa menafikan sudah berkahwin dengan Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail di Kelantan seperti yang tersebar.

Dalam masa sama, bekas pengacara MeleTOP itu juga turut menafikan tuduhan yang mendakwa kononnya dia terkena ubat pengasih dan memindahkan sejumlah duit yang banyak kepada pendakwah muda itu.

Soal hubungan mereka, Neelofa berkata, kedua belah keluarga dalam proses perbincangan untuk mencari titik penyelesaian.

Video dimuat naik Neelofa sudah melebihi dua juta tontonan dan lebih 14,000 komen.

Sementara itu, usaha Harian Metro mendapatkan penjelasan daripada Riz tidak berjaya apabila panggilan dan mesej yang dihantar tidak dijawab.

Hantaran terakhir dimuat naik Riz di Instagram adalah gambar dia bersama jemaah masjid, semalam.

Terdahulu, Neelofa dilaporkan sudah dirisik oleh Riz pada 1 November lalu di kediaman keluarga Neelofa.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.