Connect with us

Selebriti

“Dari kecik memang hidup dengan tok ja…” Nenek Syatilla Melvin Meninggal Dunia

Pelakon Syatilla Melvin memaklumkan neneknya, Che Puteh Zakaria telah meninggal dunia semalam.

Menurut Syatilla neneknya pergi dengan indah sekali apabila sempat mengucap kalimah shahadah.

“Selesai dah tanggungjawab Che Puteh Zakaria atas dunia ni.

“Berakhir dengan kalimah LAILAHAILALLAH di mulut, indahnya kematian Tok ya Allah,” katanya.

Syatilla berkongsi khabar duka itu di akaun Instagram miliknya.

Difahamkan Syailla dan adik beradiknya sempat pulang ke kampung untuk menatap wajah neneknya kali terakhir.

“Mohon sedekahkah alfatihah untuk Tok saya? Dari kecik sampai besar memang hidup dengan Tok saja

“Kami dalam perjalanan balik peluk cium Tok ni,” beritahunya lagi.

Syatilla turut memuat naik foto bersama Tokwan yang kini tinggal bersendirian.

“Tinggal lah tokwan sorang2. 61 tahun kahwin, macam manalah perasaan tokwan nak hadap kenangan2 yang duk mai.

“Nampak kuat tapi dalam hati Allah ja tau. Adik sayang tokwan.”

Rata-rata para pengikut meluahkan ucapan takziah dan mendoakan agar semua urusan dipermudahkan.

Syatilla yang berasal dari Parit Buntar Perak merupakan anak kedua daripada lima adik beradik.

Tiga daripada adik beradiknya semua berkecimpung dalam dunia hiburan iaitu Datin Seri Syafiqa, Syifa dan Syida.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.