Baru-baru ini, satu perkongsian yang dimuat naik oleh pengguna Twitter, Adam Zainal telah menjadi tular di laman media sosial itu.
Adam Zainal berkongsi kisah mengenai nenek kesayangannya yang berjaya menamatkan pengajian di peringat Sarjana ataupun Master.
Neneknya pada ketika menerima anugerah Master itu telah pun berumur 82 tahun!
Kini, neneknya yang dikenali sebagai Datin Siti Hendon Abdullah masih belum berpuas hati dengan kejayaan tersebut.
Malah, Siti Hendon mahu terus menimba ilmu dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak.
Pada usia 83 tahun, Siti Hendon mengambil keputusan untuk menyambung pengajian ke peringkat Doktor Falsafah (PhD).
Menurutnya, walaupun sudah berusia 80 tahun dia masih berasa seronok untuk mempelajari perkara baru. Baginya, dalam mencari ilmu, tiada erti pengakhiran.
“Walaupun saya sudah berusia 80 tahun namun saya masih seronok belajar perkara baru, membaca buku, majalah dan autobiografi. Tiada pengakhiran dalam menimba ilmu,”
Walau bagaimanapun, bukan satu perkara yang mudah bagi bekas pengetua sekolah itu untuk menyiapkan tugasan PhD.
Siti Hendon terpaksa berhadapan dengan masalah penglihatan akibat faktor usianya itu.
“Membaca tulisan yang kecil adalah cabaran besar buat saya jadi saya terpaksa menggunakan kanta pembesar tetapi itu bukan alasan untuk saya mengalah. Saya teruja setiap kali menghadiri kuliah, malah saya memandu sendiri ke kolej yang hanya 10 minit dari rumah,” ujarnya.
Walaupun terpaksa menggunakan kanta pembesar, ianya bukan alasan untuk Siti Hendon mengalah.
Setelah dipujuk oleh anak-anak, Siti Hendon belajar juga cara untuk menggunakan gajet dan teknologi terkini bagi memudahkannya untuk belajar.
Menurut Siti Hendon, punca asal dia sambung belajar adalah disebabkan terasa bosan setelah pencen sejak tahun 1991.
Semoga perkongsian dari cucunya ini dapat membuka mata masyarakat betapa menimba ilmu itu tiada had usianya.
Kita sama-sama doakan Datin Siti Hendon berjaya tamatkan pengajian PhD nya itu.