Gara-gara gagal menghadirkan diri pada sebutan semula kes tanpa sebarang sebab, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam telah mengeluarkan waran tangkap terhadap seorang usahawan kosmetik.
Beliau yang sebelum ini terpalit dengan isu murtad dan kini menjadi buruan JAIS, Nur Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman dikatakan menghilangkan diri.
Instagram Nur Sajat turut dinyahaktifkan
Malah, usahawan kosmetik ini masih belum ditemui dan akaun media sosial Instagramnya juga telah dinyahaktifkan.
Netizen cuba menasihati Nur Sajat jangan ambil tindakan melulu
Ekoran dari itu, netizen kini berpusu-pusu melawat ke akaun Tiktoknya pula untuk meninggalkan komen peringatan.
Malah merekajuga turut cuba menasihati usahawan kosmetik ini supaya dia tidak melakukan perkara melulu terutama melibatkan hal agama Islam.
Lambang salib di bio cetuskan persoalan
Namun begitu, apa yang mencurigakan orang ramai apabila di profil akaun TikTok Sajat, kelihatan lambang salib diletakkan di bahagian ‘bio’ yang sekaligus menimbulkan persoalan ramai.
Lambang emoticon berbentuk salib di profil TikTok usahawan kosmetik ini telah menimbulkan rasa pelik di kalangan netizen sehingga ramai yang bertanya apa sebabnya dia menggunakan lambang tersebut.
Allahuakbar, apa status agama Sajat sekarang
Hal ini sekaligus membuatkan netizen berspekulasi mengenai status agama Sajat yang berkemungkinan sudah keluar daripada Islam. Allahuakhbar!
Walau bagaimanapun, tak semua komen yang ditinggalkan di bahagian Q&A aplikasi tersebut mengecamnya, malah ramai juga yang memberi kata-kata semangat supaya Sajat kembali ke pangkal jalan.
Terdahulu, muncul video terbaru Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau popular dengan nama Nur Sajat dan tular di media sosial.
Namun, tidak dapat dipastikan bila video itu dimuatnaik, namun kali ini ia memaparkan pengakuan usahawan kosmetik berusia 36 tahun itu seolah-oleh berniat menukar agama.
Disebabkan isunya besar dan bagi mengelakkan tersalah petik, berikut adalah salinan penuh daripada perkataan yang diluahkannya dalam klip video berdurasi 1 minit 48 saat itu.
“Saya baca, tak salah kita buat research (kajian) agama lain kan? Sebab kita tak ada buat apa-apa, lepas itu orang nak salahkan kita teruk.
“Lepas Jais (Jabatan Agama Islam Selangor) keluarkan statement (kenyataan) itu, saya dah malas nak fikir.
“Saya cakap ini bukan saya nak mengugut ke tak. Secara sumpah demi nama saya, nama ayah saya, nama mak ayah saya, saya dah taknak menjadi orang Islam (sambil menggelengkan kepalanya dalam klip video itu).
“Saya keluar daripada agama Islam. Itu lebih afdal. Saya tak main-main, saya cakap betul.
“Mereka yang buat saya jadi saya nak keluar daripada Islam. Saya tak main-main, saya cakap betul.
“Mereka yang buat saya nak keluar daripada Islam. Mereka buat saya lebih jauh daripada Islam…dengan benda yang macam ini, dorang (mereka) buat saya, mungkin dorang (mereka) ingat dorang (mereka) boleh bagi iktibar…bukan.
“Saya lebih takut dan saya rasa lebih baik keluar daripada agama ini. Sebab saya lahir pun dalam Islam dan saya ikut sahaja apa yang mak saya ajar, saya buat.
“Rupa-rupanya…tak tahulah,” katanya.
Sajat masih hilang dan belum ditemui
Difahamkan sehingga kini, sama ada pihak JAIS mahupun PDRM masih belum menemui Sajat selepas dia dikatakan menghilangkan diri susulan tidak hadir melibatkan kes mahkamah dengan JAIS berkaitan isu memakai pakaian wanita.