Neymar merupakan pemain berbakat dari Brazil. Dia selalunya dibandingkan dengan Cristiano Ronaldo dan Messi di mana ketangkasan dan kelincahannya menggelecek bola di atas padang.
Tetapi untuk kempen Piala Dunia 2018 kali ini, rata-rata peminat tidak membincangkan kehebatan Neymar walaupun dia membawa pasukan Brazil sehingga ke peringkat suku akhir Piala Dunia 2018 sekarang.
Telatah Neymar yang suka berguling-guling dan menjerit kesakitan telah menjadi bualan dan bahan troll peminat bola. Dan data baru, yang disusun oleh penyiar Switzerland RTS, telah menunjukkan betapa banyak masa yang Neymar telah habiskan berbaring di atas padang “dalam kesengsaraan” setakat ini di Rusia.
Walaupun hanya baru bermain empat perlawanan (360 minit) pemain berusia 26 tahun itu menghabiskan hampir 14 minit di atas tanah. Ini bermakna Neymar menghabiskan 210 saat atau tiga dan setengah minit bagi setiap perlawanan.
Statistik itu juga menunjukkan Neymar menghabiskan masa lima minit dan 30 saat yang “terbaring kesakitan” di atas tanah ketika perlawanan di antara Brazil dan Mexico.
Berikut adalah masa yang dihabiskan oleh Neymar berguling-guling “menahan kesakitan” di atas padang:
- Brazil vs Switzerland 3min 40saat
- Brazil vs Costa Rica 2min 46saat
- Brazil vsSerbia 1min 56saat
- Brazil vsMexico 5min 29saat