Sudah menjadi kebiasaan samada orang awam atau selebriti masing-masing pasti teruja apabila anak-anak pertama kali mendaftar ke sekolah.
Jika dilihat di laman sosial, rata-rata semua berkongsi momen hari pertama anak-anak ke sekolah pada tahun 2020 ini.
Elly Mazlein teruja hari pertama persekolahan anaknya
Sama seperti Elly Mazlein, beliau turut berkongsi pengalamannya menghantar anaknya di hari pertama sesi persekolahan bagi tahun ini.
Pelakon yang popular membintangi Kampung People itu berkongsi momen indah di laman sosial Instagram miliknya yang memiliki 1 juta pengikut.
Elly sempat selit jangan lupa tengok kampung people
“Alhamdulillah, Putri Sara Sefhia 1st day of school tajuk Album hari khamis ni Papa Mama love u Manja”.
“Tapi malam ini pukul 9 malam ada #kampungpeople tau Episode 11 .. Hanya di #Tv3 agitchuuuuuu .. tetap selit ek,” tulisnya.
Sementara itu, beliau turut berkongsi momen kelakar sebagai ibu bapa yang pertama kali menghantar anak menghadiri sesi persekolahan.
Ngintai manja dari tirai pintu berkaca bulat
“Tajuk Album, ngintai manja dari tirai pintu berkaca bulat.. Kepompom turut serta ngintai session,” tulisnya.
Gelagat Elly Mazlein yang comel menghantar anak ke memasuki sesi persekolahan buat kali pertama itu telah mendapat tanda suka lebih 12 ribu.