Connect with us

Viral

“Ni boleh jadi model ni…” Lelaki ‘Selamba’ Bawa Tilam Atas Kepala Raih Perhatian Netizen

Meletak barang atas kepala sambil berjalan. Cara membawa barang seperti ini adalah biasa sesetengah tempat, namun bukan mudah untuk mengawal supaya barangan di atas kepala tidak jatuh. Jika barangan tersebut agak berat, lilitan kain untuk dijadikan pelapik akan diletakkan atas kepala terlebih dahulu sebelum meletakkan barangan.

Sering kali kita lihat ada yang menjunjung bakut, kotak, guni beras dan banyak lagi yang seakatan dengannya.

Pun begitu, lain pula ceritanya dengan kisah yang tular kali ini dimana seorang lelaki kelihatan selamba menjunjung ‘sesuatu’ di atas kepalanya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @syuibjune, kelihatan seorang lelaki menjunjung sebuah tilam yang bersaiz agak besar.

Difahamkan, biasanya tilam seperti itu agak berat untuk diangkat dan memerlukan tenaga kerja yang ramai untuk membawanya ke satu tempat.

Namun, dapat kita lihat bahawa dia kelihatan begitu stabil berjalan dan langsung tidak kelihatan kekok membawanya malah boleh berjalan laju dan gelagatnya itu juga menjadi bualan para netizen kerana gayanya seperti para model yang berjalan di pentas peragaan.

Video yang tular di laman TikTok:

@syuibjune lain macam #fyp ♬ оригинальный звук – 🇦🇲

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 215.8K tontonan 34.9K tanda suka, 1100 komen dan 1035 perkongsian di applikasi TikTok.

Mennjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum melihat dia yang selamba membawa tilam tersebut di atas kepala dan kelihatan sangat yakin walaupun realitynya tilam tersebut sangat berat.

Dalam masa yang sama, ada juga para netizen yang berseloroh mungkin juga sebenarnya lelaki itu tidak sedar terdapat tilam di atas kepalanya itu jika dilihatkan pada gayanya berjalan ini.

Antara komen warga maya:
“Aku pergi sekolah masa ngantuk.”

“Gempak siak.”

“Tolong lah tegur brader tu. Dia tak sedar ada tilam atas kepala dia…”


“Ni boleh jadi model ni.”

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.