Di media sosial, pelbagai jenis isu jalan raya yang boleh kita lihat, ada yang memandu secara merbahaya bahkan ada juga yang menjadi samseng jalan raya. Terkadang, bergaduh hanya disebabkan keliru sahaja.
Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana lelaki ini menegur seorang pengguna jalan raya yang dilihat sedang keliru mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @malaysianupdatenews, dapat kita lihat sebuah kenderaan berhenti di persimpangan dan menyebabkan trafik sesak.
Pun begitu, ada seorang lelaki turun daripada kenderaan dan bergerak menghampiri kereta yang berada di hadapan sekali. Dia kemudiannya mengetuk cermin kereta dan menunjukkan notis yang ada di bawah lampu isyarat tersebut.
Di dalam notis tersebut, pemandu dibenarkan untuk membelok ke bahagian kiri sekiranya tiada kenderaan. Namun pemandu tersebut hanya menunggu sahaja di lampu isyarat itu menyebabkan pemandu lain tidak dapat bergerak seperti biasa.
Selepas lelaki tersebut menunjukkan notis berkenaan, pemandu tersebut bagaimana pun terus membelok ke bahagian kiri diikuti dengan pemandu yang lain.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum dengn sikap lelaki tersebut yang tidak mudah melatah malah menegur pengguna jalan raya itu dengan sangat berhemah.
Bukan itu sahaja, netizen juga sempat mengatakan bahawa amalan membaca sangatlah penting agar kita tidak menyusahkan orang lain.
Antara komen warga maya:
“Terbaik lah sebenarnya ini betul lah orang cakap teguran tanpa marah.”
“Terbaik bro. Ni la cara sebenar. Bukannya gaduh atas jalan, yang ni hon, yang ni turun tumbuk…”
“Saya selalu jumpa situasi macam ni stress sangat macam orang tak sekolah.”
“Amalan membaca penting ya. Tapi yang tak perasan tu nak buat macam mana kan.”
Video yang tular di laman TikTok: