Ajal dan maut tidak akan terlewat atau tercepat walau seminit tanpa mengira tempat dan waktu.
Kita sebagai umat Islam seharusnya sering berdoa agar setiap dari kita pergi mengadap Ilahi dalam keadaan yang baik.
Satu kisah yang menyentuh hati dan sebak apabila seorang insan yang berniat murni akhirnya pergi buat selamanya.
Mangsa berniat murni cuba mengalihkan serpihan tayar
Tindakan murni seorang lelaki yang cuba mengalihkan tayar yang pecah bagi memudahkan pengguna jalan raya yang lain akhirnya maut ditempat kejadian.
Mangsa yang sedang mengalihkan serpihan tayar itu kemudiannya telah dirempuh sebuah lori 3 tan.
Lori gagal mengelak dan merempuh mangsa
Lori tersebut gagal mengelak dan merempuh mangsa sehingga menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian.
Kejadian itu berlaku di Kilometer 453.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dari arah Rawang ke arah Hospital Sungai Buloh kira-kira jam 11 pagi.
Mangsa merupakan seorang kontraktor yang dikenali sebagai Mohd Noor Shaari yang berasal dari Chemor, Perak.
Saksi kejadian yang juga rakan mangsa tergamam
Menurut saksi kejadian yang juga merupakan rakan mangsa, mangsa sebelum itu telah berhenti di lorong kecemasan sebelum menuju ke arah tengah lebuh raya untuk mengutip serpihan tayar lori.
Dalam keadaan yang pantas, dia hanya tergamam apabila mendengar bunyi dentuman kuat.
Kemudiannya dia mendapati mangsa telah dirempuh sebuah lori yang gagal mengelak sehingga menyebabkan rakannya itu tercampak.
Mangsa yang cedera parah disahkan maut di tempat kejadian dan mayat dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.
Aku percaya arwah seorang yang kat bersedekah
Sementara itu, seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Nurhazman Ridzuan turut berkongsi kisah ini di Facebook.
“Hari ini menyaksikan peristiwa yang mengerikan. Seorang contractor binaan berbangsa Melayu dilanggar oleh lori 3 tan di Highway Plus. Meninggal ditempat kejadian”.
“Berpunca dari beliau ingin mengalihkan tayar lori pecah diatas jalan raya. Semasa ketibaan aku,dia masih hidup lagi dalam keadaan tercungap”.
“Jadi aku hanya mampu teduhkan beliau menggunakan reflector sahaja”.
“Dari segi rupa aku sangkakan cina. Rupanya melayu setelah dijelaskan oleh pekerja beliau yang memakai topi warna Chocolate”.
“Niatnya sangat murni. Aku percaya arwah adalah seorang yang kuat sedekah sehinggakan perkara dipengakhiran hayat dibuatnya adalah sedekah”.
Pengakhiran yang dicemburui
Sebuah pengakhiran yang dicemburui oleh semua. Niat murni mangsa sangat dipuji sanggup berkorban demi kesejahteraan yang lain.
Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan buat keluarga mangsa semua kalian kuat dan tabah.
Semoga kisah ini memberikan kebaikan dan inspirasi kepada semua di luar sana.