Connect with us

Viral

Niat Nak Bantu Isteri, Suami Cuak Tersilap Iron Dress Corak Pleated Sampai Hilang Kedut

Suami yang terbaik bukanlah suami yang hanya memberi nafkah dan menguruskan anak-anak semata-mata, namun suami yang terbaik ada suami yang memainkan peranan menguruskan segala hal dalam rumah tangga.

Walau pun sesibuk mana seorang suami, masih ada sesetangahnya yang akan membahagikan masa untuk melakukan tugasan rumah seperti menjemur kain, membasuh pinggan mangkuk, mengemop lantai, menggosok baju dan bermacam lagi sehinggakan rumah kelihatan bersih dan selesa.

Namun suami yang ‘terlebih’ rajin ni kena berhati-hati kerana kalau tersalah langkah, boleh terbang pinggan mangkuk dekat dapur!

Manakan tidak, wanita kebiasaannya mempunyai pelbagai jenis pakaian yang perlu dijaga dengan baik kerana takut akan kerosakkan pada pakaian tersebut. Jadi, ianya mempunyai cara tersedniri untuk mencuci, menjemur mahupun menggosok pakaian itu.

Baru-baru ini tular tentang kisah lucu seorang lelaki yang ‘cuak’ ketika menggosok dress bercorak pleated milik isterinya.

Netizen beranggapan mungkin dia tekad menggosok kain tersebut kerana ianya kelihatan seperti berkedut.

“Ah,, habis la..Mana la aku tau.. tiber rajin sangat kan, semua nak di gosok.

“It’s time to pull the “b your handbag ni macam dah lama la, meh me belikan handbag baru, hehehe” card,” kata Nazmi

Tidak cukup dengan itu, Nazmi juga memaklumkan pada netizen bahawa dia menggunakan satu ‘taktik’ bernas untuk membuatkan isterinya tidak ‘naik hantu’.

Difahamkan, dia membelanja isterinya makan terlebih dahulu sebelum memberitahu mengenai pakaian tersebut. Isterinya dikatakan terkedu mendengar pengakuan tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat lelaki tersebut dan ada juga segelintir netizen yang mencadangkan beberapa jenis barangan untuk memujuk isterinya itu.

“keronyok balik la”

“pujuk dengan gelang emas ok kot”


“suami perlu tahu trend semasa”

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.