Connect with us

Viral

Niat Nak Beli Sarapan, Pemuda Sebak Lihat Anak Kecil Tidur Tepi Jalan Beralaskan Tikar Demi Teman Ibu

Bila sebut tentang kehidupan, ada yang bersuara mengatakan ‘hidup tidak adil’. Ada yang terlahir dari kalangan orang kaya, ada juga yang dilahirkan dalam keadaan serba kekurangan.

Bahkan, yang kaya akan tetap kaya, yang miskin sering ditindas. Jika tidak usaha, maka selamanya akan dibawah.

Bagaimana pun, ia hanya kehidupan yang mana kita tahu bersifat sementara. Pokok pangkalnya, harus tetap bersyukur kerana akhir nafas, bukan harta yang ditimbangkan.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini, dimana seorang lelaki berkongsi sebuah situasi yang menyayat hati mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @capiyaaaa_, Pada mulanya, dia yang dalam satu perjalanan di atas motosikal terserempak dengan sebuah khemah di tepi jalan yang menjual nasi bersama aneka lauk.

Dapat kita lihat rakannya turun daripada motor untuk membeli makanan namun lelaki ini lebih tertarik melihat kedua anak peniaga tersebut yang seorangnya duduk diatas kerusi manakala seorang lagi tidur di tepi jalan dengan beralaskan tikar getah.


“Terdetik dalam hati, kita ni ada kerja yang selesa, makan pakai cukup tapi masih malas nak kerja, merungut itu ini. Sedangkan ramai lagi yang masih bertarung untuk dapatkan sesuap nasi.” Ujarnya yang sebak melihat dua kanak-kanak itu yang mana situasi memaksa mereka untuk menjadi dewasa di umur yang muda.

Manakan tidak, kanak-kanak lain seusia mereka tentu sedang gembira bermain bersama yang lain namun mereka berdua memilih untuk berada di samping ibunya yang sedang mencari rezeki.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen sebak melihat video tersebut malah mendoakan agar peniaga tersebut dimurahkan rezeki dan anak-anaknya berjaya satu hari nanti.

Bukan itu sahaja, netizen juga sempat berpesan kepada orang ramai agar sentiasa bersyukur kerana terkadang kita sangka kita sudah susah, namun ada yang lebih susah di luar sana.

Antara komen warga maya:

“Kalau kita selalu renubg, memang kita nampak betapa banyaknya nikmat yang kita dapat”

“Sedihnya sis tengok yang tengah tidur lena tu..”


Video yang tular di laman TikTok:

@capiyaaaa_ Kuatkan semangat! usaha la sehabis baik untuk kehidupan ! Semoga yang sedang berjuang untuk hidup, akan dilimpahkan rezeki setimpal usahanya😌 Aamiin Ya Allah. #fyp #trendingviralvideo #life #fypシ゚viral ♬ suara asli – Penyair Emosian

Continue Reading
Advertisement