Connect with us

Selebriti

“Lepas vaksin buka tudung?” Foto Terbaru Dipersoal Netizen, Ini Jawapan Nina Iskandar

Selebriti kelahiran Brunei, Nina Iskandar tampil menjawab pertanyaan peminat apabila kelihatan tidak lagi bertudung di Instagram miliknyanya baru-baru ini.

Menerusi satu perkongsian foto selepas mendapatkan suntikan vaksin, Nina kembali mendedahkan rambut dan hal itu mencetuskan pelbagai pertanyaan daripada peminat dan netizen.

Jelas Nina, dia tidak pernah memberikan sebarang kenyataan untuk mengesahkan imejnya sebelum ini setiap kali diajukan pertanyaan oleh media.

“Setiap orang ada perjalanan sendiri, begitu juga saya. Apabila rakan media bertanya pada saya ‘Nina sudah kembali berhijab ke?’

“Jujur saya cakap, berat untuk saya jawab. Itulah sebab kenapa saya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan untuk mengesahkan apa-apa.

“Saya masih belajar setiap hari untuk menjadi insan yang lebih baik,” tulisnya.

Di ruangan komen pada foto berkenaan, ramai yang mempertikaikan tindakan Nina selain menyifatkannya kelihatan lebih manis ketika berhijab sebelum ini.

“Dah dua kali bukak pakai tudung, kejap pakai kejap bukak pelik2 manusia”

“Cantik lagi pakai tudung.”

“Job tak ada kena buka tudung.”

“Aik kejap pakai tudung kejap tak…”

“Nak pakai tudung bukan mudah, tak cakap orang lain tapi pada diri sendiri. Saya sendiri pun kejap pakai kejap buka, kita manusia tak apa perlahan-lahan semoga akan dapat istiqamahnya.”

“Jangan persoalkan dia dengan soalan yang tidak seharusnya di khalayak. Doa yang baik-baik.. Saya percaya Nina orang yang baik,” tulis sebahagian pengguna di ruang komen.

Sebelum ini media ada melaporkan selepas lima tahun memutuskan untuk tidak lagi bertudung, pelakon Nina Iskandar seperti memberi bayangan kembali bertudung menerusi beberapa keping perkongsian foto di Instagram pada November 2020.

Nina atau nama sebenarnya, Nur Akmalina Iskandar, 29, menerima kata-kata semangat agar dia terus istiqamah dengan imej tersebut.

“Alhamdulillah, semoga terus istiqamah sis Nina. Suka tengok sis berlakon,” tulis seorang peminat di ruangan komen foto terbaharu Nina.

Menjawab soalan rawak daripada peminat di Instastory, pelakon drama Andainya Takdir itu berkongsi cara dirinya untuk muhasabah diri.

“Solat buat kita rasa tunduk. Apa sahaja yang kita buat perlu ada tujuan dan perkara pertama adalah untuk Allah.

“Sebelum anda buat sesuatu, baik atau buruk, nilai niat anda. Dan sentiasa bertaubat. Langkah pertama mulakan dengan istighfar,” jawabnya.

Terdahulu, selepas setahun bertudung, Nina memutuskan untuk tidak lagi mengenakan tudung pada 2015 dan mendapat kecaman hebat daripada netizen.

Pelakon kelahiran Brunei itu merupakan isteri kepada penolong pengarah Azlan Adznan dan mereka mempunyai seorang anak lelaki Muhammad Aaryan ar-Rizqin yang kini berusia 9 bulan.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.