Tidak dinafikan, sewaktu sedang ‘stress’ menghadap kesesakkan lalu lintas, siaran radio lah yang banyak menceriakan hari-hari kita. Manakan tidak, pelbagai gelagat lucu mereka dan lagu-lagu yang boleh didengar.
Apatah lagi, ramai daripada rakan-rakan selebriti yang menjadi penyampai radio seperti Jep, Nabil, Angah, Rahim dan ramai lagi.
Tidak kurang dengan itu, kita juga dapat memperolehi pelbagai info semasa yang sedang ‘trending’.
Pun begitu, pasti ramai yang tertanya-tanya dimanakah konti radio-radio di Malaysia seperti Sinar FM, THR Gegar, Era FM ini kan?
Ada juga yang hairan apabila setiap kali artis jemputan muncul di radio, tentu dapat didengar di beberapa radio lain juga.
Kini, persoalan seolah-olah sudahpun terjawab apabila ada salah seorang daripada penyampai radio iaitu @shah_gegar memuat naik sebuah video di laman TikToknya’
“Bang studio antara Era FM, Sinar FM, THR Gegar apa semua dekat dekat ke,” tanya seorang individu kepada Shah Gegar
Dapat kita lihat, Shah menunjukkan beberapa buah konti yang berada di dalam sebuah bangunan tersebut.
Bukan itu sahaja, Shah juga berkongsi suasana mereka makan bersama-sama walaupun berlainan konti.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen lega akhirnya persoalan mereka selama ini telahpun terjawab.
Bukan itu sahaja, ramai juga yang baru tahu tentang perkara tersebut. Yelah, ramai daripada mereka menyangka kan setiap siaran radio tidak berada di dalam bangunan yang sama.
Antara komen warga maya:
“Harini baru aku tauuu semua satu studio”
“Nohhh baru tahu”
“Sebab tu kalau sorang artis pi.. semua radio akan panggil kan.. sebab dekat2 kan..”
“Hidup 27 tahun, baru tahu live satu tempat”
“Laaa 1 bumbung ka..”
“Baru tahu radio konti satu building je..”
Video yang tular di laman TikTok: