Connect with us

Viral

‘Nurse’ Menangis Peluk Pesakit Buat Kali Terakhir, Adik Zarif Bertahan 9 Hari Sebelum Meninggal Dunia

Setiap yang hidup, pasti akan ‘pergi’.

Iospital phone repair gombak

Itulah ketentuan hidup yang telah ditetapkan oleh Allah SWT bagi semua insan yang dilahirkan di dunia ini.

Baru-baru ini, tular sebuah kisah yang memaparkan para jururawat menangis sambil memeluk seorang kanak-kanak lelaki yang dipercayai pesakit di situ telah membuatkan orang ramai tersentuh hati.

Menerusi video yang dimuat naik semula di laman Twitter @isusemasaviral itu, para jururawat itu menangis sambil memeluk pesakit kecil itu serta mengucapkan selamat tinggal buat kali terakhir kerana mereka tidak dpat menyelamatkannya.

Difahamkan pesakit Hospital Tuanku Azizah, Kuala Lumpur itu yang dikenali sebagai adik Zarif, tidak dapat diselamatkan sehinggakan semua jururawat yang pernah menjaganya terus menitiskan air mata.

Dapat dilihat mereka memeluk dan mencium adik Zarif sekuat hati sambil menangis.

Pemilik video yang dipercayai penjaganya telah membawa adik Zarif pulang ke rumah selepas itu.

Apa yang lebih menyayat hati, adik Zarif hanya mampu bertahan selama 9 hari sebelum dia menghembuskan nafas terakhirnya.

“It’s not easy for our unsung hero to bid goodbye, thank you dear nurses,” tulisnya di ruangan video tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga maya turut meluahkan rasa sedih melihat klip video tersebut.

Malah ada juga berkongsikan pengalaman mereka yang telah mengalami perkara sama.

Antara komen netizen:

Video yang tular:

Continue Reading
Advertisement