Connect with us

Selebriti

Nyanyi Versi ‘Hauk’ Di Suria Fm, Suara Shuib Sepahtu Dikatakan Makin Sedap Raih Pujian Netizen

Sebut sahaja nama Shuib Sepahtu pasti ramai yang mengenalinya dengan lawak ‘terbalik’ yang sering dilakukan dalam sitkom komedi Sepahtu Reunion dahulu.

Selain menjadi pelawak, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad ini juga merupakan seorang usahawan berjaya serta penyampai radio yang terkenal malah dia turut mempunyai suara yang sedap didengari. Walaupun begitu, dia jarang menunjukkan bakat nyanyiannya di khalayak umum.

Iospital phone repair gombak

Umum mengetahui, setelah sekian lama berehat dari dunia hiburan akhirnya Shuib juga telah kembali aktif menjadi penyampai radio di Suria Fm di dalam segmen Team Pagi Suria yang digandingkan bersama, pelawak Ajak Shiro dan Suraya. Ramai peminat yang memberikan ‘feedback’ positif dan teruja dengan kehadirannya.

Namun baru-baru ini stesen radio popular itu telah berkongsi sebuah video yang membuatkan suara Shuib Sepahtu hangat dikatakan oleh wargamaya sehingga ditepis mengenai dakwaan nyanyian hauk.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh @suriamalaysia di laman TikTok ini memaparkan ketiga-tiga penyampai radio tersebut yang berada di sebuah studio untuk menyanyikan lagu di atas permintaan pendengar-pendengar.


Dalam rakaman tersebut mereka telah menyanyikan lagu kumpulan ST12 berjudul Putri Iklan dalam versi ‘haukustik’ tetapi suara Shuib dilihat lebih menyerlah apabila bergandingan bersama Ajak dan Suraya dan sama sekali tidak kedengaran sumbang.


Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memuji suara yang dimiliki oleh ketiga-tiga penyampai radio Suria Fm ini walaupun dikatakan ‘haukustik’.

Bukan itu sahaja, mereka juga menyifatkan kebanyakkan pelawak dalam dunia hiburan tanah air sememangnya mempunyai suara yang hebat malah ada yang akui suara Shuib semakin sedap dan lebih kurang sama seperti vokalis kumpulan tersebut .

Antara komen warga maya:

“betul lah jep cakap shuib pernah record album kat indo, cuma tak keluar-keluar kat malaysia je..”

“kasut suraya tajam gila..tapi apa apa pun memang terbaik suara shuib..”

“best suara ada potensi jadi penyanyi kalau belajar lagi..”

“makin semat oo suara bang soeb..all the best bang shuib..”

“part tak jauh seperti sang bidadari shuib bersemangat nyanyi..”

Perkongsian yang tular di laman TikTok:

@suriamalaysia Siapa cakap Penyampai Morning Morning SURIA tak boleh nyanyi? #suriamalaysia #haukustik ♬ original sound – SURIA

Continue Reading
Advertisement