Connect with us

Viral

Niat Nak Menyakat, Lelaki Panik Tangan Tersangkut Dalam Sangkar Harimau

Kebelakangan ini banyak sangat kes melibatkan kecederaan oleh kerana memasukkan anggota badan ke dalam sangkar haiwan.

Baru-baru ini, seorang lelaki putus jari apabila cuba mengacah singa kerana ingin mengagumkan orang ramai bahkan beberapa hari lepas tular seorang lelaki ditarik Orang Utan dan hampir digigit kerana memasukki kawasan ‘No Entry’ itu.

Sama juga seoerti kisah yang tular baru-baru ini dimana jari seorang lelaki ini hampir putus setelah memasukkan tangan ke dalam kandang harimau mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh UtusanTv di TikTok, dapat kita lihat sekrang lelaki di Pakistan panik selepas tangannya tersangkut pada sangkar harimau.

Pada awalnya, dia dilihat sengaja memasukkan tangannya melalui besi sangkar itu, kononnya untuk menyentuh harimau tersebut.

Malah dia juga teragak-agak untuk memasukkan tangannya namun tetap memberanikan diri menyentuh haiwan berkenaan.

Namun situasi menjadi cemas apabila tangannya tersangkut pada sangkar harimau dan riak wajahnya juga berubah seperti sedang takut.

Bagaimanapun, mujur harimau di dalam sangkar hanya duduk ‘bersantai’ dan tidak mengendahkan ‘kewujudannya’ di situ bahkan tiada sebarang kecederaan yang berlaku.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen menyifatkan lelaki tersebut seolah-olah mencari penyakit apabila cuba memasukkan tangan ke kandang harimau.

“Nasib pak belang tengah tak ada mood nak makan” -Netizen

Bukan itu sahaja, netizen juga sempat berseloroh pasti lelaki itu serik dan trauma dengan kejadian tersebut.

Antara komen warga maya:

“member mesti trauma”

“cari penyakit.. muka dari happy, auto pucat”

“last dah tu member pergi zoo”



Video yang tular:

@utusantvofficial Reply to @startinkerbell . Kalau gini cuak dak 🤣🤣🤣. Kejadian di Pakistan. #beritaditiktok #TrendingNewsMalaysia #TrendingNewsMalaysia ♬ original sound – UtusanTV

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.