Connect with us

Semasa

“Nyaris nak kena gilis,” Gara2 Langgar Lubang di Highway, Penunggang Motosikal Jatuh Terseret

Jom follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di YOY Network.

Jalan berlubang, retak, mendap, beralun, penutup lurang yang terbenam atau di atas paras jalan, tampalan tidak sempurna dan berpasir sering menjadi igauan ngeri pengguna jalan raya terutama yang pernah menjadi mangsa akibatnya.

Umpama jalan maut, ia bukan sahaja mengakibatkan banyak peralatan sokongan kenderaan seperti penyerap hentak dan tayar mudah rosak dan bocor, malah mengundang kecederaan dan kehilangan nyawa.

Itulah situasi yang sedang dihadapi pengguna jalan raya ini termasuk kemungkinan besar terlibat kemalangan jika terlanggar jalan rosak dan lubang yang wujud di tengah-tengah jalan raya.

Baru-baru ini tular satu rakaman video dashcam di laman Twitter menunjukkan seorang penunggang motosikal jatuh terseret di atas jalan raya dalam kejadian pada petang tadi.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Lebuhraya Shah Alam (KESAS).

Menerusi video itu, penunggang tersebut dilihat tidak dapat mengawal motosikalnya selepas terlanggar jalan berlubang yang terdapat di situ.

Penunggang motosikal tersebut dilihat nyaris maut digilis kereta yang merakam kejadian itu di belakangnya. Mujur, kereta tersebut sempat menekan brek.

Bagaimanapun, keadaan mangsa tidak diketahui walaupun dia dilihat tidak mengalami kecederaan yang teruk.

Video yang tular di laman Twitter:

Meninjau di ruangan komen rata-rata netizen turut seriau melihat penunggang motosikal itu terseret dan ada juga yang menitipkan doa moga mangsa tersebut diberi kesembuhan yang cepat.

Antara komen para netizen:

 

Kajian oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) juga mendapati faktor kemalangan jalan raya bukan hanya tertumpu kepada faktor manusia, tetapi juga faktor jalan raya dan kenderaan.

Kesedaran pengguna tentang bahaya itu menyebabkan banyak aduan mengenai kerosakan jalan raya dilaporkan di media, malah kini ia menjadi lebih mudah dengan memaparkannya di laman sesawang atau media sosial seperti facebook dan twitter.

Jom follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di YOY Network.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.