Pasangan selebriti kegemaran ramai pelakon Amyra Rosli dan Amar Baharin baru sahaja menyambut ulangtahun pertama anak kedua mereka iaitu Ayra Aryssa.
Walaubagaimanapun, perkongsian sekeping foto di Instagram Amyra mendapat reaksi kurang senang dalam kalangan netizen.
Aksi mereka sekeluarga bergambar sambil comot dengan krim kek
Menerusi foto yang dimuat naik di Instagram Amyra, foto berkenaan memaparkan aksi mereka sekeluarga bergambar sambil mencomot-comotkan krim kek.
Namun begitu, ada yang beranggapan tindakan itu tidak patut dan tidak sensitif memandangkan ramai kebanyakan rakyat Malaysia hidup dalam keadaan bersederhana dan situasi semasa yang meresahkan.
Satu pembaziran dan ia tidak sepatutnya
Malah, tindakan sedemikian kata netizen disifatkan satu pembaziran dan tidak sepatutnya digalakkan untuk tontonan ramai.
Bagaimanapun, ia sebenarnya bukan kek sebenar dan pemilik akaun Mad About Cake tampil membuat penjelasan berhubung situasi tular berkenaan.
Kami berkolaborasi dengan artis dalam sesuatu kempen
“Untuk pengetahuan sebagai pembuat kek kami turut berkolaborasi bersama jurugambaar dan artis dalam sesuatu kempen atau projek”.
“Antaranya menyediakan kek display bagi tujuan propss dan kegunaan media” jelasnya lagi.
Amyra tempah kek dan berkongsi idea untuk sesi fotografi
“Mungkin ramai tak tahu kami menawarkan khidmat ini kerana kami hana berkolaborasi dengan teman rapat dan antara salah satunya adalah tentang kek Amyra”.
“Memandangkan Amyra adalah kenalan rapat kami sejak dulu, dia ada menempah kek birthday untuk anaknya dan berkongsi idea untuk sesi fotografi,” ujar pemilik akaun itu.
Kek display suku bahagian saja selebihnya dummy dan krim
Difahamkan, kek display itu diperbuat hanya suku sahaja bahagian kek dan selebihnya adalah dummy dan krim.
“Kami yang sarankan untuk kek display. Kek display diperbuat dari suku bahagian kek dan selebihnya dummy dan krim”.
Amyra sangat menghormati dan sokong kami dari dulu
“Sepanjang kami mengenali Amyra, dia sangat menghormati orang malah menyokong kami sejak dari dulu”.
“Malah dalam krisis pandemik dia turut membantu kami dengan menempah kek dan mempromosi secara percuma”.
Kami memohon maaf sekiranya ada yang terasa
“Terima kasih Amyra dan Amar atas kepercayaan diberikan buat kami serta menyokong peniaga-peniaga seperti kami”.
“Kami mohon maaf sekiranya ada di antara anda yang terasa,” tambahnya.
Semoga dengan penjelasan yang dikeluarkan oleh mereka dapat merungkai salah faham yang timbul.