Mencari pasangan yang susah senang bersama bukan lah satu perkara yang mudah. Apatah lagi pada masa kini ramai yang memandang pangkat dan harta terlebih dahulu barulah hati hati budi masing masing.
Hal demikian kerana ramai yang inginkan hidup selesa pada masa akan datang dan tidak mahu berdepan dengan apa-apa risiko.
Namun lain pula dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita dilihat setia menemani suaminya mencari rezeki walaupun dalam hujan mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @ejal.co, dia akui berasa terharu dengan pengorbanan isterinya.
Difahamkan, lelaki itu sanggup melakukan pekerjaan sebagai seorang penghantar makanan untuk GrabFood selepas waktu kerja demi mencari rezeki.
Mungkin kerana tidak sanggup melihat suaminya bekerja seorang diri, wanita ini mengambil keputusan untuk turut menemaninya melakukan kerja itu.
Lebih membuatkan lelaki ini terharu adalah, isterinya itu menemaninya dari pukul 6 petang hingga 10 malam mlah isterinya tetap berdegil mahu menunggu pesanan dari pelanggan walaupun dia sudah nekad mahu pulang dan berehat.
“Ini orang kata perempuan satu dalam sejuta.”, katanya bila melihat kesungguhan isterinya untuk temaninya dalam kesusahan.
Meninjau di ruangankomen, rata-rata warga netizen kagum dengan sikap wanita tersebut yang menjadi penguat semangat suaminya untuk mencari rezeki malah ada yang menasihati agar lelaki tersebut tidak mensia-siakan si isteri yang sanggup susah senang bersama.
“Hargai dia tau, terima dia seadanya juga.”- Netizen
Bukan itu sahaja, netizen juga berharap agar satu hari nanti mereka dipertemukan dengan seseorang yang setia menemani saat jatuh dan bangun.
Antara komen warga maya:
“Hargai dia tau, terima dia seadanya juga”
“Luck bro, nanti dah berjaya jangan lupa dia bro”
“Hargai dia bang.. sebab saya pernah duduk di tempat pasangan abang sanggup susah senang, hujan pun sanggup.. last2 kantoi dia ada orang lain..”
“Tahniah bang, susah nak cari perempuan macam ni”
“Limited bang dia, jaga elok-elok bang!”
Video yang tular di laman TikTok: