Connect with us

Selebriti

“Orang rumah sarat, kita masak Welcome-welcome” Gelagat Jep Sepahtu Jaga Anak Jadi Perhatian

Hari ini merupakan hari keenam rakyat Malaysia menjalani Perintah Kawalan Pergerakan bagi memutuskan rangkaian Covid-19 yang melanda negara.

Pelbagai kisah dikongsikan oleh semua menerusi media sosial. Tidak kurang hebatnya beberapa artis turut berkongsi kisah mereka selama berada dirumah.

Ada diantara mereka yang membina taman permainan di dalam rumah seperti Datuk Fizz Fairus atau bersukan bersama anak-anak seperti Alif Satar.

Jep buat hal lagi

Jep Sepahtu juga antara selebriti yang mencuri tumpuan apabila sebelum ini berkongsi bebelan mengenai rakyat yang tidak mendengar arahan berhubung perintah kawalan ini.

Jika sebelum ini pelawak kesayangan ramai ini membebel sambil menyiram pokok dan berlatar belakangkan anak-anak yang sedang mandi kolam lain, pula video yang dikongsikan kali ini.

Masak ‘Welcome-welcome’

Di dalam video yang baru dimuatnaik di laman Instagram, Jep dilihat sedang memasak dan katanya sedang memasak ‘welcome-welcome’.

“Ok guys, nak tidur dah.. Esok nak basuh baju pulak. Best cuti duduk rumah ”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jepsepahtu (@jepsepahtu) on

Video tersebut mendapat perhatian ramai peminatnya yang nyata terhibur dengan karenah Jep.

Nyanyi lagu perak pulak Jep Sepahtu

Jep juga dilihat seorang bapa yang penyayang apabila mendukung salah seorang anaknya dan menyanyikan sebuah lagu popular negeri Perak.

“Tak kerja ni kita tolong org rumah tidurkan anak. Cuma jiran tadi text tanya, tidurkan anak ke, kejut anak bangun?”.

Menerusi video berkenan, Jep dikatakan membantu isterinya Sari Yanti menjaga anak-anak ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Antara perkara yang boleh dilakukan ketika menjalani Perintah Kawalan Pergerakan adalah menghabiskan masa yang berkualiti dengan keluarga dirumah.

Kami perlukan lebih banyak video Jep ketika ini

Video ini turut mendapat perhatian ramai tambahan pula pelawak terkenal ini mempunyai 3.9 juta pengikut di Instagram.

Rata-rata netizen turut bersetuju dengan tindakan Jep yang membantu isterinya menjaga anak-anak dan menjadi contoh untuk orang ramai.

Terdahulu, pada 25 Februari 2017, beliau telah selamat mendirikan rumah tangga dengan pelakon Sari Yanti.

Pada 25 April 2018, mereka menyambut kelahiran bayi perempuan yang diberi nama Dariya Inara.

Ketika ini Sariyanti sedang mengandung anak kedua hasil perkahwinan mereka dan Sariyanti turut mempunyai dua orang cahaya mata lelaki dari perkahwinan pertama beliau.

 

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.