Umum kita tahu, budak yang semakin membesar ini memerlukan lebih perhatian dan pantauan kerana umur sebegini mereka cenderung melakukan banyak hal di luar pemikiran kita.
Apatah lagi bila berada di tempat yang luas seperti di pusat beli belah, tentunya mereka akan jadi terlebih aktif sehingga terkadang ‘lembik’ ibu ayah nak memantau.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang bapa difahamkan berlari-lari di sekitar supermarket mencari kelibat anaknya yang hilang dari pandangan mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat oleh seorang pengguna TikTok @faizalanugerah, kejadian tersebut berlaku di Ayer Keroh, Melaka dan dapat kita lihat lelaki tersebut beberapa kali memanggil nama ‘Naura’.
Keadaan bertambah cemas apabila ada yang mengatakan anaknya di kidnap membuatkan lelaki ini semakin panik mencari anaknya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut cemas melihat reaksi bapanya yang tidak tentu arah mencari anaknya yang hilang.
Tidak cukup dengan itu ramai juga dikalangan warga maya mengatakan bahawa pada masa kini penjaga perlu memperkasakan penggunaan anti lost wrist band bagi mengelakkan kejadian yang tidak diigini berlaku seperti anak hilang dan sebagainya.
Biarlah orang nak kata apa sekali pun, kita yang lahirkan anak dan tahu macam mana anak kita bahkan keselematan mereka juga keutamaan kita sebagai penjaga.
Antara komen warga maya:
“pernah rasa hilang anak sekejap.. berderau badan.. rasa tak pijak tanah..”
“ada pulak orang tu cakap kena clik.. lagi la tak tentu arah ayah dia.. makcik sorang tu pula cakap anak dia keluar dari mydin.. sampai tengah jalan ayah dia cari”
“kalau anak lasak tu boleh beli tali untuk selalu attach dekat tangan”
“biasa kalau budak kecik hilang dia akan panik lari laju merata2.. tu yang bahaya takut lintas jalan”
Video yang tular di laman TikTok: