Connect with us

Selebriti

“Over lah” Pakai Busana Seperti Plastik Sampah, Aina Abdul Dikecam Netizen

Sebut sahaja nama Aina Abdul pasti ada yang mengenali dirinya sebagai penyanyi yang gemar tampil dengan imej-imej pelik ketika membuat persembahan pentas ataupun hadir ke sesuatu acara. Bakat Nurul Aina Abdul Ghani atau lebih mesra disapa Aina ini dikesan menerusi pertandingan realiti nyanyian, Mentor Legend 2014 dan mengangkatnya sebagai naib juara di bawah bimbingan mentor, Ella.

Terbaharu, Aina Abdul sekali lagi menjadi perhatian netizen di platform media sosial apabila tampil dengan busana aneh dan luar biasa ketika menghadiri minggu Kuala Lumpur Fashion Week 2022. Acara ini juga merupakan acara yang dihadiri dengan barisan selebriti serta ‘influencer’ yang memakai pakaian mencuri tumpuan.

Menerusi beberapa video dan gambar yang dimuat naik oleh Aina di laman Instagram, memaparkan dirinya yang sedang keluar daripada kereta sambil menggayakan busana berwarna hitam rekaan Behati.

Susulan video tersebut, penyanyi ini mendapat pelbagai respons positif dan negatif oleh netizen sehinga ada yang menyifatkan busana itu tidak ubah seperti timbunan plastik sampah.

Walaupun busana yang dikenakan oleh Aina kelihatan unik namun di mata warga maya ada yang mendakwa Aina sengaja menarik perhatian dengan berpakaian pelik sebegitu. Di dalam video berkenaan juga,  Aina kelihatan seperti tidak selesa apabila dilihat sukar untuk berjalan.


Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga maya memuji Aina Abdul yang tampil dengan ‘confident’ memakai busana serba hitam itu walaupun agak pelik. Bukan itu sahaja, ada yang menyifatkan pereka fesyen tersebut seperti kehabisan idea.

Antara komen warganet di laman Instgaram:

“Gumpal gumpal cadar warna hitam dah jadi fesyen..senang betul buat duit pereka fesyen sekarang..”

“Satu dalam sejuta yang berani fashion macam ni..kagum dengan aina punya confident level..”

“What rubbish bag design is this…Aina why are you letting people with rubbish sense dress you..”

“Dah takde idea lah tu pereka fesyen aina…elok elok minat aina terus tak minat..”

Gambar dan video yang tular di laman Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.