Bagi setiap manusia yang bergelar sebagai pemilik kucing pasti faham akan perasaan kehilangan kucing tersayang.
Haiwan peliharaan seperti kucing bukan sahaja menghiburkan hati, malah kita juga sering menganggap mereka sebahagian daripada ahli keluarga.
Jadi tak hairanlah jika seseorang mengambil masa yang lama untuk move on daripada kematian kucing mereka. Mesti luluh hati melihat si bulus tak bernyawa lagi.
Semalam, sebuah video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) telah tular di mana ia memaparkan seorang pemandu telah menggilis seekor kucing dengan sengajanya!
Rakaman CCTV itu dimuat naik di Facebook oleh Wany Sharan yang juga tuan kepada kucing oren yang digilis tersebut.
Menerusi video yang dikongsi, kelihatan kereta model Perodua Axia seperti sengaja melanggar kucing yang berada di tengah jalan sebuah taman perumahan yang tidak dapat dipastikan lokasinya.
Kucing oren milik Wany dilanggar pada bahagian kepala menyebabkan kucing berkenaan menggelupur sehingga tamat video.
Yang lebih menyakitkan hati ramai, pemandu kereta tersebut terus beredar begitu sahaja tanpa memeriksa selepas menggilis haiwan kesayangan seseorang.
Wany sempat menzahirkan perasaan geramnya kepada pelaku yang menggilis kucing yang mesra dipanggil oyen itu. Dia juga yakin si pelaku ialah jirannya sendiri.
“Mengiggil tangan masa taip ni, mana letak hati kamu wahai jiran? Terang-terang kamu sengaja langgar kucing kami, sampai meninggal Oyen kami.
“Jangan cakap kamu tak nampak sebab terang-terang kamu sengaja pulas stering tu ke kanan. Ya Allah di bulan yang mulia macam ni kamu zalimi haiwan.
“Semoga Allah bagi balasan yang setimpal dekat kamu, Amin,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Wany sempat memuat naik beberapa keping gambar oyen yang berlumuran darah di atas jalan sebelum menanam kucing tersebut.
“Jangan bagi alasan kucing salah baring tepi jalan ye, sebab ini taman perumahan.
“Aku bawak kereta kalau dekat mana-mana taman perumahan pun aku bawak slow, siap alert kot ada kucing atau budak-budak lalu tapi sini terang-terang memang kau saja nak melanggar,” tulisnya lagi.
Walaupun baru dimuat naik semalam, ianya tular dengan jumlah tontonan sebanyak 351 ribu! Bukan itu sahaja, posting yang dibuat Wany turut mendapat sebanyak 6.4 ribu perkongsian!
Video yang tular di laman Facebook
Di ruangan komen pula, ramai yang mencaci si pemandu kereta tersebut. Ada juga yang berpendapat Wany sepatutnya melaporkan perkara tersebut kepada pihak atasan agar tindakan selanjutnya boleh diambil.
Antara komen-komen netizen di Facebook