Connect with us

Selebriti

Padam Lebih 4,000 Gambar di Instagram, Demi Jaga Aurat Hanya Ini Yang Neelofa Tinggalkan

Neelofa atau nama sebenar beliau Noor Neelofa binti Mohd Noor merupakan seorang pelakon, pengacara dan model wanita Malaysia.

Pada pertengahan Oktober, selebriti popular ini telah mengesahkan dirinya kini sudah berpurdah.

Menurut pengacara ini, beliau memohon semua pihak mendoakan perjalanan baharunya itu sentiasa dalam rahmat dan reda Allah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Doakan saya istiqamah dalam memperbaiki diri

“Doakan saya, insan yang penuh dengan kekhilafan ini agar sentiasa istiqamah dalam memperbaiki diri dan ampuh melalui datangnya hari”.

“Kirimkan juga doa buat perjalanan baharu saya nanti agar sentiasa dalam rahmat dan reda Ilahi,” lapor Harian Metro pada 15 Oktober lalu.

Malah, Neelofa turut mendoakan seluruh umat Islam agar sentiasa dalam rahmat dan ehsan-Nya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Koleksi gambar aktiviti seni tidak lagi dikongsi untuk tatapan umum

Setelah hampir dua bulan mengenakan niqab, selebriti popular Neelofa kelihatan telah memadam semua koleksi foto dan video ‘hijabster’ di laman Instagram miliknya.

Menjenguk ke laman Instagram ini, gambar koleksi seperti yang melibatkan aktiviti seni, pengacaraan, acara fesyen antarabangsa, duta berjenama terkemuka dan pelbagai lagi posting ‘mendunia’ tidak lagi dikongsi untuk tatapan umum.

Selebriti ini telah memadam kira-kira 4,000 posting 

Sementara itu, menurut pemerhatian netizen, selebriti berusia 31 tahun itu memadam kira-kira 4,000 posting dimana hanya tinggal 2,648 posting setakat hari ini.

Menerusi perkongsian di laman Twitter oleh seorang pengguna bernama Nur Atiqah, peminatnya ini kagum dengan perubahan ke arah kebaikan yang dilakukan Neelofa.

 Dari 7.5k, tinggal 2.6k

Difahamkan, kebanyakan posting yang ditinggalkan adalah momen-momen kenangan sewaktu menunaikan ibadah umrah dan haji di Tanah Suci Makkah bersama keluarga tersayang.

Selain itu, perkongsian seperti kata-kata motivasi, petikan ayat al-Quran, video ceramah serta posting tidak memaparkan wajahnya yang hanya dikekalkan dalam akaun Instagram tersebut.

Neelofa mengakui selesa dengan imej terbarunya

Terdahulu, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor itu mengakui lebih selesa dengan imej terbarunya tetapi menafikan penampilan tersebut adalah sebagai strategi pemasaran perniagaan.

Semoga pengacara ini terus istiqamah dalam penghijrahannya. Moga kisah ini menjadi contoh dan teladan kepada kita semua.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.