Connect with us

Viral

“Padan muka ibu dah meninggal” Anak Shuib Menangis Gara-Gara Diejek Rakan Sekolah Buat Ramai Berang

Kebelakangan ini, isu membuli dari segi mental dalam kalangan pelajar sekolah rendah seolah makin meningkat.

Mungkin disebabkan pengaruh rakan sebaya, pengaruh media sosial bahkan didikan yang diterima di rumah. Seperti yang sering kita dengar, anak adalah cerminan ibu bapa.

Tak terlepas daripada isu tersebut, anak pelawak, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad diejek gara-gara ibunya yang sudahpun meninggal dunia.

Anak perempuannya iaitu Dzahira Talita Zahra atau sering dipanggil Dekta dilihat tidak dapat mengawal emosi apabila menjadi bahan ejekan rakannya di sekolah.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @suciuwais, Dekta kelihatan memeluk erat isteri kepada Raissuddin Hamzah sambil mengadu perkara tersebut.

“Balik dari sekolah hari ni anak2 ke office. Masa tengah nak ambil makanan , talita mengadu ada rakan sekelas suka ejek kat dia.. Allah”

Bagaimana pun, mereka berusaha menenangkan dekta dan memintanya memberitahu guru kerana ia boleh dikira sebagai membuli.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terkejut mendengar perkara tersebut kerana ianya sangat biadap malah berharap agar ibu bapa diluar sana mengajar anak agar tidak mengeluarkan kata-kata yang kurang senang untuk didengari.

Tidak cukup dengan itu, netizen juga akui bahawa hati orang yang dewasa juga boleh ‘runtuh’ jika diejek berkenaan orang tersayang yang telah tiada apakan pula dekta yang masih kecil dan masih ‘merangkak’ menerima takdir yang tertulis.

Berikut merupakan komen warga maya:

“melampau budak2 ni..”

“budak2 sekarang memang dasyat ejekan diorang.. seram”


“kenapa aku yang menangis.. sebak betul.. kurang ajar sangat budak tu..”

Video yang tular:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Makder (@suciuwais)

Sekadar rekod, terdahulu, Shahmira Muhamad (Shuib) telah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011 bersama Siti Sarah Raissudin dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin dan yang terbaru Ayyash Affan.
Ayyash Affan dilahirkan secara pramatang pada 6 Ogos lalu ketika Siti Sarah bertarung nyawa kerana jangkitan C19 dan beberpa hari selepas itu, Siti Sarah disahkan menghembuskan nafas terakhirnya.

Siti Sarah, 37, pergi buat selama-lamanya pada pukul 5.13 pagi Isnin, 9 Ogos lalu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM)

Allahyarham Siti Sarah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu di mana sama dengan ibunya, Allahyarham Nur Aini Mohamad yang meninggal dunia pada 26 Jun 2013 akibat komplikasi pelbagai penyakit, disemadikan.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.