Penyanyi dan pelakon yang lahir daripada program realiti Akademi Fantasia, Nonny Nadirah telah berkongsi satu video dan cerita mengenai dirinya di laman Instagram.
Menerusi perkongsian tersebut, Nonny memberitahu video tersebut adalah ketika dia membuat persembahan pada sebelah pagi, beberapa jam selepas diceraikan suami.
“Don’t simply judge! Apa yang saya belajar tentang Islam adalah Islam itu indah & mudah. Tapi bukan bermakna kita boleh ambil mudah.”
“Cantik tak saya freehair? Saya boleh pilih untuk sentiasa kelihatan cantik di mata manusia, sexy, jadi macam penyanyi kpop, makeup 24 jam, ya saya pernah berada di situ,” tulis Nonny.
Menurut Nonny juga, apa yang dimiliki adalah milik Allah, lalu kenapa kita perlu melawan perintahnya. Ada sebab kenapa Allah perintahkan supaya menutup aurat.
“Dikira saya pilih jalan untuk kembali ke fitrah masa nama meningkat naik, tapi saya tak pernah menyesal.
“Sebab saya takut dengan Allah. Cantik macam mana pun ini semua mainan dunia, makin hari kita makin tua. Entah sempat atau tidak untuk bertaubat.
“Sekarang saya dah jadi mokcik2 tapi saya gembira! Inilah ketenangan yang saya cari selama nie. Hidayah itu mahal. Paksa & latih diri untuk berubah ke arah yg lebih baik, tulis Nonny panjang lebar.
Nonny juga memberitahui, dia masih berada di fasanya tersendiri dan hanya Allah Maha Mengetahui.
“Lepas balik dari umrah saya diuji dengan terbolak-baliknya hati ini. Sebab tu kita dipesan jangan tinggal solat dan hari demi hari saya bagi masa kepada diri saya untuk memperbaiki diri, bukan disebabkan makhluk tapi kerana Lillahi Ta’ala.
“Janganlah dikeji atau dikecam selepas ini jika masih ada kekurangan dari diri saya. Kita semua manusia biasa. Tidak lari dari melakukan kesilapan,” tulis Nonny.
Menurut Nonny, tidak menjadi masalah untuk menegurnya tapi biarlah dengan cara dan adab yang betul.
“Perlahan-lahan, tapi pasti, dengan izin Allah saya akan ke arah lebih baik.
“Jangan hanya suruh saya, tapi tunjukkan pada saya. Anda lebih baik daripada saya,” tulis Nonny.
Nonny Nadirah merupakan salah seorang daripada 14 peserta Akademi Fantasia Musim ke-5 yang berlangsung dari 17 Mac 2007 hingga 19 Mei 2007, di mana beliau menduduki tangga ke-12 dan tersingkir di konsert minggu kempat.
Nonny Nadirah telah mendirikan rumah tangga dengan seorang penolong penerbit, Mustain Adnan pada tahun 2018 namun, pasangan ini telah memfailkan perceraian pada tahun 2019.