Connect with us

Selebriti

“Pakai topi tutup rambut, tapi topi basah” Sharifah Rose Mohon Maaf Isu Foto Tidak Bertudung

Personaliti media sosial, Sharifah Rose tampil menjelaskan situasi sebenar selepas tersebar fotonya tidak bertudung ketika bercuti di Phuket, Thailand, baru-baru ini. Jelas Rose, ketika di pantai dia hanya mengenakan topi untuk menutup bahagian rambutnya. “Salam semua. Saya berasa seperti berhutang satu penjelasan terutama kepada pengikut. “Pertama sekali, saya ingin memohon maaf kerana membiarkan anda berasa […]

Bagi anda yang mengenali personaliti media sosial Sharifah Rose, semalam dia telah tampil menjelaskan situasi sebenar selepas tersebar fotonya tidak bertudung ketika bercuti di Phuket, Thailand.

Menurut Rose, ketika di pantai dia hanya mengenakan topi untuk menutup bahagian rambutnya tetapi topinya telah basah.

“Salam semua. Saya berasa seperti berhutang satu penjelasan terutama kepada pengikut.

“Pertama sekali, saya ingin memohon maaf kerana membiarkan anda berasa kecewa.

“Walaupun tiada alasan untuk apa yang saya lakukan, saya tetap mahu perjelaskan beberapa perkara mengenainya.

“Jadi inilah kebenarannya. Saya pergi ke Phuket dengan rakan-rakan rapat dengan pengetahuan dan kebenaran daripada ibu bapa saya.

“Saya tidak menyembunyikan atau berbohong dengan ibu bapa di mana saya berada.

“Screenshot itu diperoleh daripada Instagram Stories salah seorang rakan saya.

“Dalam ‘screenshot’ tersebut, saya dilihat tidak memakai tudung. Biar saya jelaskan.

“Saya pergi ke pantai pada hari tersebut. Ini gambar kami di pantai.

“Sebagaimana anda dapat lihat, saya mengenakan pakaian sesuai.

“Baju berlengan panjang, seluar panjang dan topi untuk menutup rambut.

“Topi saya basah jadi saya pun tanpa berfikir membukanya sekejap untuk mengeringkannya.

“Apa yang saya tahu sepanjang 10 minit saya melepaskan rambut, IG story itu diambil tanpa pengetahuan saya.

“Ia adalah tempoh 10 minit paling bodoh dalam hidup dan saya sedar sekarang bahawa apa jua boleh berlaku dalam jangka masa selama 10 minit.

“Ia satu kesilapan dan saya belajar daripadanya,”

Rose turut memohon maaf di samping meminta jasa baik pengikutnya supaya memadam fotonya yang tak menutup aurat itu.

“Saya harap anda dapat menemuinya di dalam hati  untuk memaafkan saya.

“Bagi mereka yang mempunyai gambar saya tanpa tudung, tweet gambar itu atau ‘retweet’, saya dengan rendah hati meminta anda memadamnya kerana saya telah mendapat pengajaran,” tulisnya lagi.

Selain Rose, foto tersebut turut menjadi perhatian selepas kelihatan individu yang mirip anak tiri penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Aazief Khalid.

Rose dan Aazief menjadi pasangan kekasih selepas Aazief berpisah dengan pengasas dan pemilik jenama kosmetik BeauTYRA, Tyra Kamaruzzaman.

Rata-rata netizen memberikan pendapat mereka dengan membalas tweet tersebut.

“Salah dia yang free hair, 10 min pun dosa jugak, then salah jugak yang ss, instead of ss you can ask her privately. But rose i am really dissapointed with you. I thought you were different with the other hijabist influencer. But you are the same level.

“Perempuan zaman sekarang mmg tak tahu mana yg buruk atau baik , dh tahu mmg salah kalau tak bertudung , kau pikir kat phuket tu takde org ke sial , serupa je tak payah pakai tudung kalau kat malaysia

“Susah nya jadi influencer ,perlu 24jam act like an angel . Manusia manusia”

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.