Connect with us

Viral

Pakcik Grab Bongkok ‘Pulun’ Pusing Satu KL Cari Rezeki, Rehat Cuma Waktu Solat Saja “Kesian pada masa yang sama cemburu…”

Tak semua daripada kita dilahirkan dalam kehidupan yang senang. Ada yang sepatutnya sudah masuk ke fasa berehat di rumah pun masih bekerja demi sesuap nasi.

Iospital phone repair gombak

Menurut mereka, selagi nyawa dikandung badan, selagi itulah mereka akan berusaha mencari rezeki sendiri.

Seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini mengenai seorang pakcik rider bongkok, menyentuh hati ramai.

Menerusi rakaman yang dimuat naik, warga emas berkenaan memaklumkan dia hanya berehat ketika waktu solat sahaja.

“Saya berbuka ambil kat surau ni, surau Hartamas. Dah makan, saya on (kerja) balik la. Tak cuti (bulan puasa), rehat pun tak ada. Kalau nak solat je rehat,” katanya.

Menurut pemilik video, Hazwan Hafiz, dia sudah beberapa kali terserempak dengan warga emas itu di sekitar kawasan Mont Kiara dan Hartamas.

“Saya jumpa pakcik tu pada petang Selasa, ketika saya rakam video tu. Sebelum ni memang dah banyak kali nampak dia di sekitar kawasan Sri Hartamas atau Mont Kiara.

“Dia banyak ambil makanan di sekitar kawasan itu. Sebelum ni saya tengok dia, memang kesian sangat, dengan bongkoknya. Tapi dia masih boleh naik motor lagi, pusing jauh-jauh,” katanya.

Tambah Hazwan, meskipun pernah bertemu dengan rider berkenaan, dia tidak pernah bertanya lanjut tentang keluarga atau anak-anaknya.

“Pernah juga sembang-sembang dengan dia sebelum ni, tapi lebih kepada tanya keadaan dia, ada banyak order ke? hantar ke mana? Macam tu saja.

“Saya tak pernah tanya berkaitan keluarga atau anak,” jelas Hazwan.

Di sebalik rasa simpati, Hazwan kagum dengan ketabahan rider itu yang masih gigih mencari rezeki walaupun sudah berumur.

“Kesian, pada masa yang sama, cemburu dengan semangat pakcik GrabFood ni. Yang biasa duduk Mont Kiara dan Sri Hartamas, mesti biasa jumpa pakcik legend ni,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Video yang tular di laman TikTok

@hazwanhfiz Kesian pada masa yang sama cemburu dengan semangat pakcik Grabfood ni. Dalam bongkok² dia pun satu KL dia pusing cari rezeki bulan puasa ni.. Moga dipermudah segala urusan beliau. Yang biasa duduk di Mont Kiara & Sri Hartamas mesti biasa jumpa pakcik ‘legend’ ni. #Grabfood #MontKiara #SriHartamas ♬ original sound – Jayhadee®️

Continue Reading
Advertisement