Connect with us

Viral

“Pakcik knp pakcik gambal aku” Rakaman Kerbau ‘Terkejut’ Di Sawah Padi Undang Dekah Ramai

Ramai diantara kita yang suka tengok ‘view’, ada yang suka tengok pantai, pemandangan bandar, sungai dah banyak lagi. Manakan tidak, ianya memberikan ketenangan pada kita yang melihatnya.

Dalam masa yang sama, ada juga diantara kita yang gemar untuk merakam gambar pemandangan tersebut bagi dijadikan kenangan. Yela, kenangan kan tiada tarikh luput. Jadi, selagi boleh kita cipta kenangan manis untuk dibawa hingga ke hari tua.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita ini merakam pemandangan sawah padi dengan sekumpulan kerbau yang sedang makan perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @fyqahhh___, kelihatan dia sedang berada di sebuah sawah padi sambil merakam pemandangan namun apa yang melucukan adalah dia sempat merakam gelagat seekor kerbau.


Dapat kita lihat, seekor daripada banyak kerbau yang ada memandang perakam ini dengan wajah yang terkejut dan berdiri kaku.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat kecomelan kerbau tersebut malah ada juga yang gelak besar apabila kerbau tersebut terkejut.

Bukan itu sahaja, netizen juga sempat berseloroh mengatakan mungkin sudah lama kerbau tersebut ‘standby’ untuk dirakam.

Antara komen warga maya:

“macam dah lama je dia standby”

“kenapa dia comel sangat.. lari pun nampak comel”


“saya lagi terkejut sis”

 

“tak fokus yang tu.. fokus yang part last tu.. kesian dia tergelincir ke apa”

“dia camera shy, as an introvert i can relate”

Video yang tular di laman TikTok:

@fyqahhh___ Hi cik bauu! 🐃 #penang #pageforyou #fypdongggggggg #fyp ♬ TIARA PAKYUSSX – ᴘᴀᴋʏᴜss’x [ᴄᴀ]

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 300K tontonan, 37.8K tanda suka, 1073 komen, 1628 simpanan dan 746 perkongsian di applikasi TikTok.

Comel betul kerbau ni! boleh pula dia berdiri kaku terkejut macam tu hehehe

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.