Kemeriahan perlawanan akhir Piala Dunia semalam sememangnya tidak dapat disangkalkan. Boleh dikatakan, rakyat Malaysia berkumpul di banyak tempat untuk bersama-sama menonton France bersaing dengan Argentina.
Baik di Dataran merdeka, di rumah, mahupun di kedai makan, semuanya menantikan keputusan negara mana yang akan merangkul Trofi Piala Dunia.
Namun lain pula jadinya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana gelagat pelanggan yang sedang menonton piala dunia di sebuah kedai makan mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @ikmaltralala, kelihatan suasana riuh pelanggan di sebuah kedai makan ketika menonton siaran langsung final Piala Dunia.
Namun apa yang menarik tumpuan adalah, keriuhan tersebut berlaku kerana muncul notis tidak bayar bil Astro pada skrin layar besar di saat berlangsungnya perlawanan.
“Boleh pulak tak bayar bil astro” ujarnya di ruangan kapsyen
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat telatah mereka ketika tidak dapat menonton piala dunia malah ada yang berseloroh mengatakan mungkin itu cara ‘halus’ halau balik.
“Cara halus halau balik tu, mamak dah ngantok” – Netizen
Bukan itu sahaja, malah ada yang meninggalkan komen lucu mengatakan perkara sebegini boleh menguji tahap kesabaran seseorang.
Sekadar info, pasukan Argentina telah memenangi perlawanan itu dengan penentuan sepakan penalti.
Antara komen warga maya:
“Ahhhh buat gilaa time final”
“Auto stress.. info2 argentina menang”
“Astro pon time macam ni pi potong”
“Menguji kesabaran hahahahaha”
“Ni paling rare.. aduh berdekah la hahahaha”
“Order lah air baru dulu… ni tak, kopi o satu cawan tapi duduk berejam.. mana mau nya..”
“First half Argentina dapat 2 skor auto cabut kad astro”
“Mamak dah penat, mana taknya order teh ais dengan roti canai sekeping duduk sampai 3-4 jam.. rugi lah dia..”
Video yang tular di laman TikTok: