Selepas 3 tahun menunggu untuk kehamilan yang kedua, pelakon Yana Samsudin bakal menyambut kelahiran bayi keduanya tidak lama lagi selepas disahkan hamil lapan bulan.
Berita gembira itu dikongsikan suaminya yang juga pelakon Fadzil Zahari dalam satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Alhamdulillah dan terima kasih
Terima kasih terima I seadanya
“Alhamdulillah, sempena hari Jumaat yang mulia ni abang nak share dan ucapkan happy birthday to my lovely wife @yanasamsudin”.
“Terima kasih terima i seadanya, sama-sama berkongsi hidup kurang lebih dah 5tahun. 3 tahun sebelum kahwin dah 8tahun berkenalan”.
Lebih 3 tahun menunggu dan usaha
“Alhamdulillah sekali lagi, nak maklumkan pada kawan2 dan sedara semua yang isteri abang dah pregnant 8bulan setelah lebih 3tahun menunggu dan usaha”.
“Terima kasih pada semua yang doakan, hanya Allah SWT yang dapat balas jasa hangpa semua”.
Difahamkan, Yana Samsudin dijangka akan melahirkan anak kedua mereka pada bulan depan.
Yana turut memuatnaik foto terbarunya dengan mengumumkan sudah hamil 31 minggu pada hari ini.
“Ya alhamdulillah.. 31weeks dah…”
Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan mendoakan segalanya dipermudahkan.
Pasangan ini pernah memberi bayangan mahu menambah anak
Terdahulu, pasangan tersebut pernah memberi bayangan mahu menambah anak lagi sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 13 Februari 2015. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata sulung, Aisy Mateen yang kini berusia empat tahun.
Tahniah diucapakan kepada Fadzil Zahari dan Yana Samsudin dengan kehadiran cahaya mata baru mereka tidak lama lagi.