Kemalangan sememangnya boleh berlaku pada bila-bila masa oleh sebab itu kita perlu ‘extra’ alert bila berada di atas jalan raya.
Terkadang, kemalangan ini berlaku oleh kerana kecuaian diri sendiri yang akhirnya turut menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.
Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana Seorang selebriti lelaki ditahan polis hari ini susulan video tular memandu kereta jenis Perodua Myvi secara berbahaya sehingga menyebabkan kemalangan di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) Hulu Kelang mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang tular, dapat kita lihat pemandu memandu secara zigzag dan melulu sebelum berlanggar dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Innova.
Lebih teruk, seorang wanita berusia 25 tahun tercampak keluar dari Myvi berkenaan dan terjatuh di atas jalan raya.
Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian melibatkan dua buah kenderaan itu berlaku kira-kira pukul 5.30 petang.
“Kemalangan dipercayai berlaku apabila Perodua Myvi yang dipandu lelaki berusia 30 tahun secara tiba-tiba menukar lorong secara zig zag menyebabkan kenderaannya hilang kawalan.
“Akibatnya, Myvi tersebut terlanggar bahagian sisi kiri sebuah MPV jenis Toyota Innova,” katanya dalam satu kenyataan rasmi.
Difahamkan ketika kejadian, lelaki itu bertengkar dengan kekasihnya yang juga penumpang wanita yang tercampak dalam kejadian itu
Wanita tersebut bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan setelah tercampak daripada kenderaan itu.
“Kedua-dua pemandu kenderaan berkenaan telah membuat laporan petang tadi Dan kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.”
“Pemandu Myvi telah ditangkap untuk siasatan lanjut dan permohonan reman akan dibuat esok di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah esok,” katanya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen seriau melihat wanita tersebut yang tercampak keluar daripada kenderaan namun lega apabila kereta lain sempat melakukan brek kecemasan.
Bukan itu sahaja, netizen juga berpesan agar memandu secara berhemah dan tidak mengikut emosi ketika sedang marah.
Antara komen warga maya:
Video yang tular di laman Twitter: