Connect with us

Viral

[VIDEO] “2 hari je lg nak raya, Allah ambil Abah..” Wanita Kongsi Rakaman Call Dari Doktor Buat Netizen Sebak

Jodoh, rezeki dan ajal seseorang itu merupakan rahsia Allah S.W.T. Tiada siapa dapat menduga jalan kehidupan dan juga pengakhiran seseorang di dunia ini.

Siapa sangka disaat orang lain ‘berseronok’ dan sibuk membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri, tetapi wanita ini dikejutkan pula dengan pemergian ayah tercinta.

Kisah sedih itu dikongsikan menerusi satu video di TikTok oleh seorang wanita yang dikenali dengan nama Eqin.

Menurut wanita ini, pada 11 Mei 2021 sekitar waktu subuh, dia telah menerima panggilan daripada pihak hospital memaklumkan tentang kematian ayah tercinta.

Pada awalnya dia menyangka panggilan tersebut hanyalah bertujuan untuk memberitahu tentang kesihatan ayah tetapi sebaliknya pula yang terjadi apabila di hujung-hujung perbualan doktor memaklumkan ayahnya sudah meninggal dunia.

“Mula-mula doktor sekadar berbual biasa. Ingat doktor nak maklumkan abah dah berpindah dari wad saringan ke wad biasa dan beritahu kondisi abah.

“Tapi khabar berita yang paling aku takut.”

Mengingat kembali momen sebelum pemergian ayah tersayang, Eqin memaklumkan dia banyak habiskan masa berbual dengan ayahnya ketika berada di wad kecemasan.

Meskipun lelaki itu sudah tidak mengenali Eqin, tetapi wanita ini masih sempat memohon keampunan daripada ayahnya.

“Abah pergi selama-lamanya. Dulu aku bukan anak yang rapat dan mesra dengan abah. Tapi sejak dia sakit, aku banyak korbankan masa, tenaga dan melayan segala permintaan dia.”

“Al fatihah buat arwah abah.. 11/5/2021 orang sayang abah dunia akhirat.”

@e_qinAl fatihah buat arwah abah.. 11/5/2021 orang sayang abah dunia akhirat.♬ Ayah – Laoneis

“waktu ni aku menangis sepuasnya. lepas tu aku redha.. sebab aku dapat jumpa abah, minta maaf kali terakhir walaupun ayat dia ” awak siapa ye?”

@e_qinwaktu ni aku menangis sepuasnya. lepas tu aku redha.. sebab aku dapat jumpa abah, minta maaf kali terakhir walaupun ayat dia ” awak siapa ye?” 😭😭

♬ alloh alloh – Dany

 

Rata-rata netizen berkongsi rasa sedih dan meninggalkan kata-kata semganta di ruangan komen.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.