Anak-anak yang sedang membesar sememangnya memerlukan perhatian yang lebih kerana di fasa ini mereka lebih gemar untuk ‘mencuba’ banyak perkara sehinggakan boleh melakukan perkara yang tak tercapai dek akal.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang kanak-kanak perempuan hampir terjatuh dari balkoni rumahnya mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik di laman Twitter @OwToTheZie, kanak-kanak itu sedang bergayut di balkoni dan ramai yang mempertikaikan di mana keberadaan ibu bapanya ketika itu.
Dapat juga kita lihat beberapa orang yang sedang melihat perkara tersebut daripada bawah malah kedengaran bunyi jeritan orang ramai kerana gerun melihat perkara itu.
Pun begitu, ada seorang lelaki bertindak berani dengan memanjat balkoni rumah sebelah dan pantas menyelamatkan budak perempuan tersebut.
“beringat la ibu bapa semua..kepada brader tu terima kasih banyak2.. salute bang.. syukur kepada Allah.. Alhamdulillah”
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen hairan bagaimana ianya boleh berlaku dan dimanakah kedua ibu bapa mereka ketika itu.
Bukan itu sahaja, netizen juga berharap orang ramai lebih peka dengan anak-anak agar tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini kerana menyesal kemudian hari tiada guna.
Antara komen warga maya:
Video yang tular di laman TikTok: