Connect with us

Viral

Para Isteri Sakan Ambil Gambar Makanan, Gelagat Suami Sabar Beratur Undang Dekah Netizen

Fitrah seorang perempuan jika terjumpa sesuatu yang cantik pasti dia akan mengeluarkan gadgetnya untuk menangkap gambar untuk dijadikan kenangan. Tidak kisah lah gambar pemandangan ke, outfitnya pada hari tu ke, semuanya hendak disimpan buat tatapan.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana sekumpulan wanita gigih mendapatkan gambar makanan yang cantik mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @_yayamoshi_, memaparkan beberapa orang wanita yang terdiri daripada para isteri berkerumun untuk menangkap gambar makanan.

Namun apa yang lebih melucukan adalah gelagat suami yang sabar menunggu bahkan dengan tertib beratur sambil melihat isteri mereka yang sedang sibuk menangkap gambar.

Dalam masa yang sama, para suami hanya mampu menunggu dengan reaksi wajah yang pasrah sambil memegang pinggan masing-masing bahkan ada juga yang mendukung anak ketika menunggu isterinya selesai menangkap gambar makanan.

Menerusi video lain, kelihatan para suami sangat gembira menjamu selera selepas sekian lama menunggu para isteri.

Berikut merupakan video yang tular:

@_yayamoshi_ 😂😂 #fyp ♬ original sound – 🦋 – 🦋 suraiyaaa

@_yayamoshi_ Reply to @loeyyeojaa alhamdulillah dah selamat 😂😂 #fyp ♬ original sound – 🦋 suraiyaaa

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 2.4M tontonan, 239.8K tanda suka, 12.2K komen dan 13.4K perkongsian di laman TikTok

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netuzen terhibur melihat gelagat para suami yang menunggu dengan penuh sabar apatah lagi bila background music memang kena dengan video tersebut.

“Bang tunggu apa lagi? rampas je fon diorang, beras kita belii”- Netizen

Dalam masa yang sama para netizen juga mengakui mereka boleh relate dengan situasi tersebut ekoran pasangan mereka juga begitu.

Berikut merupkan komen warga maya:

“Betul betul penantian yang panjang.”

“Jangan langgar hukum tangkap gambar ok.”

“Hahahaha muka menahan lapar dan amarah je semua.”


“Ingat ke apa tadi tengok laki semua serius je.”

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.