Connect with us

Selebriti

“Menjatuhkan maruah wanita Islam..” Ustazah Asma’ Harun Tegur MV Parah Ayda Jebat

Akhir-akhir ini ada sahaja isu yang tidak baik terpalit pelakon dan penyanyi Ayda Jebat.

Kalau dilihat sebelum ini, video kurang sopannya bersama suami dikritik netizen, kali ini satu lagi isu timbul.

Sudah sebulan muzik video lagu terbarunya yang berjudul Parah Parah disiarkan di laman YouTube, bagaimanapun, muzik video berkenaan kembali menjadi bualan hangat.

Menerusi satu perkongsian di Facebook pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun memuat naik kenyataan menegur muzik video berkenaan yang disifatkan agak keterlaluan. Kata Ustazah Asma, di saat dunia berdepan pandemik Covid-19, boleh pula menghasilkan muzik video menggairahkan seperti itu.

“Ini satu Musibah Ummah yang PARAH, tatkala kita masih dalam belenggu cengkaman pandemik yang semakin PARAH, kalian menghasilkan sebuah video klip muzik yang menampilkan penyanyi dan penari iringan yang separuh bogel.

“Dengan rentak dan lenggok tarian yang menggairahkan seperti tarian lucah, maaf ia sungguh memalukan

“Sungguh dukacita ini bertambah, dalam situasi musibah pandemik dan pelbagai tanda akhir zaman dan kiamat semakin hampir, janganlah kalian menjadi sebahagian daripada penyubur Fitnnah Akhir Zaman,” katanya.

Dalam pada itu, Asma turut meluahkan rasa terkilan dengan sikap penyyanyi tersebut seakan bangga melakukan maksiat secara terbuka serta menjatuhkan maruah wanita Islam.

“Kalian bangga menjadi Top 10 youtube, bangga dengan maksiat yang dilakukan secara terbuka, bangga menjatuhkan maruah Wanita Islam, bangga menambahkan koleksi si pemuas nafsu?

“Saya tahu kamu adalah seorang muslimah, saya tak pasti samada penari iringan islam atau tidak. Saya juga tak pasti, penerbit, pengarah, penyunting, penulis lirik, kareografi tarian dan semua pihak yang terlibat muslim atau tidak, namun kalian semua terlibat,” katanya.

Diakhir perkongsian itu, Ustazah Asma turut memohon maaf seandainya tegurannya itu mengguris hati mana-mana pihak kerana tujuannya adalah untuk menegur mana yang tidak elok untuk dipertontonkan.

Terdahulu, Ayda memohon maaf kerana telah berkongsikan satu video bersama suami di IG Story yang dikritik netizen dan menyedari tindakan tersebut dilihat tidak manis.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)

Memetik laporan My Metro, Ayda Jebat sebelum ini mendedahkan sikap suaminya yang suka menciumpipi berulang kali selain suka bermanja.

Malah, dia turut mendedahkan perangai pelik Nabil Mahir yang suka mencium di bahagian ketiak ketika waktu lapang.

“Salahkah saya memuat naik sesuatu yang positif dan turut disokong oleh ramai pasangan suami isteri yang turut menerima layanan sama meskipun ada diantaranya sudah berkahwin lebih 20 tahun.

“Mereka begitu suppotif dan mendoakan agar kebahagiaan saya dan Nabil terus berkekalan.

“Daripada perkongsian saya itu, ada juga pasangan yang berasa sedih dan cemburu apabila mengatakan suami mereka tidak romantik selepas berkahwin malah nak minta bergambar bersama pun tidak mahu.

“Jadi saya harap janganlah melihat apa yang dikongsikan dari sudut yang negatif dan lucaah sebab saya hanya ingin menunjukkan rasa bahagianya bercinta selepas kahwin.”

Sementara itu, Ayda juga berkongsikan mesej diterima dan luahan dari pengikutnya berhubung kemesraan pasangan suami isteri selepas mendirikan rumah tangga.

Pelbagai pendapat dan pandangan yang dikongsikan. Malah, pelakon wanita itu juga mengharapkan netizen untuk tidak mengambil dari sudut yang negatif semata-mata.

“Ada rakan-rakan dan peminat beritahu saya, masa awal-awal bercinta saja indah, tapi selepas kahwin tiada sudah momen bahagia itu.

“Tapi saya bersyukur sebab menerima layanan yang baik selepas berkahwin. Saya hanya berkongsi sikap Nabil yang manja dan tidak dibuat-buat.

“Bagaimanapun saya ingin memohon maaf sekiranya ada pihak berasa kurang senang melihat kemesraan kami. Saya tak mampu nak menjaga perasaan semua orang.”

Oleh demikian, Ayda Jebat memohon maaf andai video berkenaan mengundang rasa kurang senang ramai pihak dan dianggap lucaah.

“Saya sedar memiliki pengikut daripada pelbagai lapisan umur di laman sosial Instagram. Jadi segala perkongsian yang dimuat naik, saya akan pastikan ia tidak keterlaluan.

“Namun jika ada yang beranggapan sebaliknya, anda perlu mengubah mentaliti dan jangan terlalu berfantasi.

“Tapi lihat perkongsian ini sebagai sesuatu yang positif serta doakan agar kemesraan ini berkekalan dan anda sendiri turut mengimpikan layanan seperti ini.”

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.