Connect with us

Viral

Parkir Di Tempat Tak Sepatutnya, Netizen Puas Hati Toyota Velfire Di ‘Sagat’ Bas

Memarkir kenderaan di kawasan yang tidak sepatutnya seakan-akan menjadi satu kebiasaan.

Banyak situasi yang boleh kita lihat di media sosial dimana ada yang bergaduh dek kerana double parking dan ada juga kenderaan yang dilanggar pengguna jalan raya yang lain kerana parking di kawasan yang tidak sesuai.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana sebuah bas melanggar kenderaan mewah model Toyota Vellfire yang diparkir di tempat tidak sepatutnya mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @ayin8686, situasi tersebut berlaku di pintu masuk pusat membeli belah Mid Valley dek kerana pemandu Toyota Velfire itu selamba parking di tempat yang tidak sepatutnya.

“Puas hati tengok video ni. Ni makan nya kalau suka parking ikut suka hati dekat midvalley sampai menyusahkan orang lain. Bodoh tak bertempat, harap je pakai kereta besar tapi otak langsung tak function.”

Difahamkan bahagian tepinya kereta Velfire itu mengalami kerosakan dan remuk teruk gara-gara dilanggar bas.

Meninjau di ruangan komen rata-rata warga netizen berang dengan sikap segelintir individu yang tidak memikirkan orang lain dan parking di kawasan yang tidak sepatutnya.

Bukan itu sahaja, netizen juga berpuas hati akan nasib yang diterima dan langsung tidak bersempati terhadap pemandu kereta Velfire itu.

Antara komen warga maya:

Video yang tular di laman Twitter:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.