Mencari parkir di pusat membeli belah sangat mencabar apatah lagi bila lokasi mall tersebut yang berada di tengah bandar ataupun pada hujung minggu.
Sudah tentu mall padat dengan pengunjung yang hadir.
Persis kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang ‘mat salih’ berkongsi pengalamannya dimana diperdaya ketika mencari parkir mencuri perhatian ramai.
Menurut Andrew Martin, insiden tersebut sering berlaku ketika memandu di tempat letak kereta di pusat beli-belah.
“Sudah banyak kali memandu di mencari parkir kosong selama 15 hingga 20 minit di pusat beli-belah seperti One Utama atau Mid Valley.”
“Sedang mencari tu, saya akhirnya terjumpa parkir kosong. Saya kemudian memecut ke parkir kosong itu sebelum ia diambil oleh orang lain,” tulisnya menerusi satu hantaran.
Namun kata Andrew, sebaik tiba di parkir kosong itu rupa-rupanya sudah ada kenderaan lain yang diletakkan di tapak berkenaan.
“Hanya bila dah sampai, rupa-rupanya terdapat sebuah kereta Perodua Kancil di tapak parkir, yang sememangnya tidak boleh dilihat dari jauh sehinggalah anda sampai ke tempat tu,” ujarnya.
Luahan Andrew menerusi platform LinkedIn itu menjadi tular di media sosial sehingga mencuit hati netizen.
“Rakyat Malaysia, saya tidak suka mengatakan perkara ini… tetapi saya mula tidak menyukai salah satu kenderaan anda.
“Saya rasa ia memang direka untuk melakukan penyeksaan psikologi!” tambah Andrew secara berseloroh.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen meninggalkan reaksi yang lucu malah ada juga yang turut berkongsi pengalaman yang sama dimana diperdaya oleh kereta perodua kancil.
“You are not alone.”
“Bak kata pepatah ‘Parking yang kosong jangan disangka tiada Kancil’.”
“Banyak kali jadi weh. Harapan palsu betul.”
“Itu la pagi tadi pun kena scam dengan Kancil masa nak cari parking depan pasar raya.”
“Jadilah bijak seperti Kancil,” demikian antara komen-komen netizen.
Bukan itu sahaja, apa yang lebih membuatkan ramai terhibur adalah pemilik perodua kancil sendiri tampil berkongsi pengalaman meletakkan kenderaan mereka sendiri di parkir.
“Saya yang pakai kancil pun tak nampak kereta sendiri.”
“Sebab tu bapa saya selalu keluarkan sikit ‘buntut’ Kancil tu waktu parkir untuk mudahkan orang lain nampak ada kereta pada ruangan tu. Bersikap ihsan pada semua amatlah mudah,” kata netizen.
Jika kereta Myvi sering dilabel ‘King of The Road’ (Raja di Jalan Raya), Kancil pula dikatakan netizen sebagai ‘King of Parking’ (Raja di Tempat Parkir).