Pada zaman yang semakin canggih kini, pelbagai kemudahan telah disediakan antaranya pesanan makanan atas talian seperti GrabFood, FoodPanda, DeliveryEat, Shopee Food dan banyak lagi.
Dengan adanya kemudahan ini, secara tidak langsung ianya memberikan peluang pekerjaan kepada ramai orang.
Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang penghantar makanan yang menghantar makanan menggunakan basikal teruk dimarahi seorang perempuan mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter iaitu @princeraydauz, memaparkan tindakan seorang wanita menyerang lelaki penghantar makanan di tepi jalan kerana keretanya calar gar-gara terkena basikal tersebut.
Dapat juga kita lihat, dia sempat merosakkan ‘stand’ di basikal lelaki terbabit yang digunakan untuk meletakkan telefon bimbitnya sebelum bertindak memukul.
Lelaki tersebut dilihat berulang kali memohon maaf dan menangis kerana akui kesilapannya namun wanita tersebut tidak menghiraukannya dan bertindak mengambil beberapa keping gambar lelaki tersebut.
Oleh kerana terkejut dengan tindakan kasar dan tidak bermoral perempuan itu, penghantar makanan tersebut dilihat mengusap dadanya berkali-kali ekoran terlalu sebak dengan situasi tersebut.
Video yang tular di laman Twitter:
Meninjau reaksi wargamaya, rata-rata berang dengan sikap wanita tersebut yang langsung tidak berperikemanusiaan dan hanya memikirkan amarahnya sahaja.
Berikut merupakan pendapat warga netizen: