Memperoleh cinta yang mampu bahagia bersama sehingga ke akhir hayat bukanlah satu perkara yang mudah. Ada yang sampai bercerai berai dek kerana bergaduh, ada juga yang terputus di tengah jalan.
Namun jika benar-benar sayang, datang lah 1001 ujian sekali pun, mereka mampu hadap bersama-sama dan kekal hingga ke tua.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana pasangan warga emas yang dipercayai suami isteri ini bergurau senda seperti ‘orang muda’ mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @GadisMilo, kelihatan mereka berdua bermain kejar mengejar.
Dapat juga kita lihat, mak cik tersebut menyimbah air paip kepada pakcik yang sedang menyorok di sebaling payung malah mereka juga berkejaran antara satu sama yang lain.
“Terkadang hal kecil sahaja bisa menjadi sangat istimewa.. kalau tua nanti aku tak macam ni, aku taknak kahwin” ujarnya
Video yang tular di laman TikTok:
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.1M tontonan, 186.5K tanda suka, 3923 komen dan 5693 perkongsian di applikasi TikTok.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen gembira melihat kebahagian mereka berdua seolah-olah seperti baru berkahwin.
“lelaki akan jadi kebudak-budakan dngan insan yg dia syg tmpat dia nk brmanja” – Netizen
Malah ada juga netizen yang berseloroh menyarankan mak cik tersebut menggunakan ‘waterjet’ berbanding air paip untuk lebih menyukarkan pakcik tersebut mengelak.
Berikut merupakan komen warga maya:
“selagi tak dapat macam ni, taknak kahwin..”
“nanti acik upgarde pakai waterjet.. mesti pakcik tak dapat elak..”
“rindu nak tengok umi and abah bergurau tapi abah dah takde”
“macam ni lah bahagia dari muda sampai tua.. cinta yang diimpikan setiap wanita”
“comel nyaa harap sangat satu hari nanti kita semua dapat jumpa dengan orang yang betul-betul hargai kita”
“aku baru je bukak tiktok.. tiba-tiba keluar video ni.. terasa sendu disini..”