Untuk ke luar negara, setiap orang wajib memiliki passport antarabangsa. Harga terbaru bagi warganegara Malaysia membuat passport untuk 5 tahun adalah RM200.
Manakala bayaran passport untuk warga emas, kanak-kanak bawah 12 tahun dan jemaah haji pula adalah RM100.
Terbaru, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata KDN akan mengkaji cadangan untuk mengeluarkan passport khas untuk masyarakat luar bandar menunaikan umrah.
Menurut beliau, cadangan itu akan diteliti sebelum sebarang keputusan diambil KDN.
Katanya, beliau mengambil maklum ramai penduduk luar bandar hanya menggunakan pasport sekali sahaja ketika menunaikan ibadah berkenaan dan selepas itu ia tidak digunakan lagi.
“Saya akan kaji cadangan itu memang biasa orang kampung pergi sekali, kita akan teliti jika dianggap oleh Jabatan Imigresen boleh dilaksanakan begitu.”
Semoga cadangan ini dapat dilaksanakan bagi mengurangkan beban orang yang kurang berkemampuan dan hanya ke luar negara sekali sahaja dalam tempoh beberapa tahun.
[su_note note_color=”#d8d0c3″]Sumber Rujukan: MalaysiaKini[/su_note]