Connect with us

Selebriti

“Patut la mertua sayang” Siap Pakai Crown Cuci Periuk, Peminat Puji Fasha Sandha

Semalam telah berlangsungnya majlis bertandang bagi pasangan pengantin Fasha Sandha dan Aidil Aziz di Rembau Negeri Sembilan.

Majlis yang angat meriah dengan kehadiran keluarga, rakan-rakan dan para peminat itu diadakan di kampung halaman aidil dengan konsep tradisional Melayu Negeri Sembilan.

Malah, dengan berkonsepkan melayu klasik, siap naik tandu lagi Fasha dan Aidil.

“Saya begitu teruja apabila dipanggil ayah dan berharap Fasha membantu dalam rumah tangga ini,” kata pelakon, Mohd Aidil Aziz ketika ditemui pada majlis persandingannya bersama Fasha Sandha di Kampung Tanah Datar Gancong.

[FOTO&VIDEO] Siap Naik Tandu, Majlis Bertandang Fasha Sandha Meriah Dengan Konsep Tradisional Negeri

Menurut Aidil, anak-anak Fasha iaitu Putra Rayfal Rizal, 4, dan Putri Raysha Jemyma, 3, sudah memanggilnya ayah dan ia sesuatu yang baru dalam hidupnya dan sengat menggembirakannya.

“Sebelum ini saya bujang dan Fasha memiliki pengalaman berkahwin. Saya berharap dengan pengalamannya membantu rumah tangga kami,” katanya.

Apa yang menarik perhatian para peminat Fasha Sandha, kedua-dua mempelai ini terus saja ke belakang rumah dan mencuci periuk dan kawah selepas majlis tamat.

Jarang-jarang kita dapat lihat selebriti popular yang sanggup perkara begini walaupun ianya adat yang biasa bagi orang Melayu.

Iyalah, kebanyakan pengantin sekarang lebih suka menggunakan khidmat katering kerana lebih mudah dan tak perlu pening kepala.

Rata-rata peminat memuji apa yang dilakukan oleh Fasha. Malah ada yang mengatakan tidak hairanlah mertua sangat sayang kepadanya.

Bukan saja merendah diri, tetapi juga sangat rajin dan tidak bersikap ‘diva’ walaupun Fasha merupakan seorang artis popular.

Sementara itu Fasha bersyukur ahli keluarga suami dapat menerimanya sebagai menantu termasuk dua anaknya.

Baca: Biodata Fasha Sandha

“Dalam majlis ini, saya rasa sedikit kelainan mengikut adat dan budaya Negeri Sembilan,” katanya.

Fasha ternyata bersyukur dua majlis yang dianjurkan berjalan lancar dengan persandingan di Perlis dibuat tertutup.

Semoga Fasha Sandha dan Aidil dapat melayari bahtera rumahtangga dengan bahagia dan kekal sampai akhir hayat.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.