Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd merupakan antara syarikat pengeluar roti terbesar di Semenanjung Malaysia. Dikenali dengan pelbagai pilihan roti yang boleh dijadikan sebagai kudapan harian dan mampu milik.
Namun perasan atau tidak, jika orang dari Sabah atau Sarawak datang ke Semenanjung Malaysia, pati mereka kan memborong Roti Gardenia untuk dibawa pulang dan bukanlah cenderahati seperti pakaian, kechain, fridge magnet dan sebagainya.
Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang individu mendedahan mengapa rakannya daripada Sarawak sering mengirimkan roti gardenia mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @iamkayrashld, kelihatan seorang wanita semasa itu sedang berada di sebuah kedai runcit.
Dia kemudian menunjukkan harga di bahagian rotinya. Apa yang lebih mengejutkannya adalah harga roti yang mahal dan berbeza ketika dia berada di semenanjung.
Walaupun dia sudah empat kali datang ke Sarawak, tetapi dia memberitahu ini adalah pertama kali dia melihat sendiri harga roti tersebut. Tidak hairanlah mengapa ramai kawannya yang mengirim roti dari semenanjung.
Meninjau diruangankomen, rata-rata warga netizen turut terkejut melihat harga roti gardenia di sana malah berseloroh mengatakan harga tersebut boleh beli 3 buku roti di semenanjung.
Bukan itu sahaja, netizen juga tertanya-tanya apakah faktor yang menyebabkan ianya begitu mahal di Sabah dan murah di Semenanjung.
Antara komen wargamaya:
“RM1.10 pun dah merungut dekat koop apatah lagi 2.50”
“Boleh beli 3 buku roti dekat semenanjung”
“Time belajar serawak dulu asal balik semenanjung je memang bawa penuh luggage.. keropok lekor lagi 1 beg.. dah macam berniaga”
“Saya pernah beli roti coklat kismis tu rm15.. mengidam punya pasal, pejam mata je bayar..”
Video yang tular di laman TikTok:
Menurut sumber, berdasarkan satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. (GBKL), terdapat satu lagi kilang yang berhak untuk mengedarkan roti Gardenia di Sabah, Sarawak dan Indonesia iaitu Gardenia Bakeries (East Malaysia) Sdn. Bhd. atau juga dikenali sebagai Gardenia Sabah namun kedua-dua syarikat ini tiada kaitan langsung dengan satu sama lain.
Oleh kerana kedua-dua syarikat ini adalah syarikat yang tiada kaitan langsung dengan satu sama lain, maka adanya perbezaan pada harga.
Kalau di Semenanjung Malaysia, sebuah roti Gardenia serendah RM0.90 manakala di Sabah dan Sarawak, roti yang sama akan berharga RM2.30 (hampir tiga kali ganda harga original)
Dipengaruhi Kos Pengangkutan
Walaupun sudah adanya kenyataan rasmi yang dikeluarkan, ia masih tidak pasti sama ada Gardenia Sabah berfungsi sebagai pengedar sahaja atau mereka juga terlibat dalam proses pembuatan roti tersebut. Misalnya syarikat ini hanya berfungsi sebagai pengedar, maka kos pengangkutan boleh dipertimbangkan dalam salah satu faktor mengapa harga roti keluaran Gardenia Sabah adalah mahal berbanding dengan harga yang ditetapkan oleh GBKL.
Bagi mereka yang penggemar roti Gardenia, mereka akan tahu roti ini terkenal dengan kesegarannya. Jadi untuk mengangkut roti-roti ke sini, pengedar akan perlu mempertimbangkan ketahanan segar roti tersebut (yang biasanya 3-4 hari sahaja). Oleh sebab kos pengangkutan dan ground distribution menjadi faktor dalam pengangkutan roti-roti ke sini, ia mempengaruhi harga pasaran.